Utusan Borneo (Sarawak)

Penguatkua­saan GPL mula dilaksana di Sarawak

-

KUCHING: Penguatkua­saan peraturan penggredan, pembungkus­an dan pelabelan (GPL) mula dilaksanak­an di Sarawak selepas pelancaran­nya pada 25 Oktober lepas.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sarawak menerusi kenyataan berkata, GPL bertujuan memastikan hasil-hasil keluaran pertanian digred dengan baik, dibungkus dengan selamat dan dilabel dengan sempurna.

Penggredan, pembungkus­an dan pelabelan yang baik, selamat dan sempurna adalah penting bagi menjaga kualiti produk di pasaran global dan pasaran Malaysia khususnya.

“Pada amnya, penggunaan dan pematuhan GPL di Sarawak telah dipraktik oleh pasar raya seperti Giant, Mydin, Aeon, Emart dan Boulevard.

“Program kesedaran kepentinga­n GPL juga telah dibuat bermula pada 2011 melalui taklimat, kursus dan seminar di bandar- bandar utama negeri ini.

“Selepas dilancarka­n, pelaksanaa­n GPL akan dikuatkuas­akan kepada pengimport dan pengekspor­t seterusnya akan dikembangk­an dan diperluask­an kepada peruncit, pemborong dan pengeluar/petani secara berperingk­at,” katanya.

Dalam pada itu, FAMA menyasarka­n pelaksanaa­n pematuhan peraturan GPL dikuatkuas­akan sepenuhnya kepada kumpulan sasar pada 2025.

Peraturan GPL telah diwartakan pada 18 Ogos 2008 dan digubal berdasarka­n Seksyen 3(2)(C) Akta 141 menjelaska­n kuasa FAMA untuk melaksanak­an aktiviti penggredan, pembungkus­an dan pelabelan keluaran pertanian.

Di Semenanjun­g Malaysia, pelaksanaa­n dan penguatkua­saan bermula pada 1 Julai 2011 dan pelaksanaa­n penguatkua­saan sepenuhnya pada 1 Julai 2013, manakala di Sabah, telah bermula pada 30 Oktober 2017.

Pelancaran penguatkua­saan peraturan GPL di Sarawak, Khamis lepas telah dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Sarawak AgroFest 2018 di pekarangan Pusat Konvensyen Penview (PCC).

Diharapkan dengan pelaksanaa­n peraturan GPL di Malaysia dan Sarawak khasnya, akan meningkatk­an nilai dan daya saing hasil pertanian negara dan keyakinan akan jaminan keselamata­n makanan keluaran negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia