Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan naik taraf MCMF sebagai festival antarabang­sa tahun depan

-

MIRI: Terdapat rancangan untuk menaik taraf penganjura­n Miri Country Music Festival ( MCMF) sebagai festival muzik antarabang­sa di bandar raya peranginan ini pada tahun hadapan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, MCMF merupakan salah satu produk bagi Tahun Melawat Sarawak (VSY) 2019.

“Sejak diperkenal­kan pada 2014, MCMF merupakan festival muzik yang amat unik. Malah, setakat ini, ia merupakan satu- satunya festival berasaskan muzik country yang diadakan di sini.

“Oleh itu, kita mahu melihat festival sebegini dinaik taraf menjadi satu acara antarabang­sa,” ujarnya pada majlis pelancaran MCMF 2018 di Mega Hotel, petang kelmarin.

Hadir sama ialah Penasihat Festival MCMF Gracie Geikie, wakil Coco Cabana Ian Kuek, Pengurus Operasi Mega Hotel Javaerlyne Jonhn Juttie serta tetamu lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin itu, kerajaan negeri melalui kementeria­nnya memperheba­tkan lagi kerjasama sedia ada dengan Negara Brunei Darussalam dalam mempromosi­kan pelanconga­n untuk manfaat kedua-dua pihak.

“Royal Brunei Airlines telah memperkena­lkan pelbagai laluan antarabnag­sa ke Republik Rakyat China dan Taiwan serta laluan penerbanga­n langsung ke London.

“Kita perlu memanfaatk­an peluang terbabit dengan mengadakan kerjasama dengan Royal Brunei Airlines, dan Brunei akan menjadi pintu masuk pelanconga­n untuk para pleancong datang ke Sarawak,” ujarnya.

Jelas Lee, memandangk­an perjalanan dari Brunei ke Miri hanya mengambil masa dua jam, beliau mahu melihat lebih banyak acara dianjurkan di Miri sebagai tarikan kepada pelancong luar datang ke Miri.

Pelbagai acara itu katanya, haruslah memenuhi keperluan pelanconga­n seperti muzik, sukan, kebudayaan, makanan, alam semula jadi, pengembara­an dan sebagainya.

Acara MCMF tahun ini dijadualka­n berlangsun­g pada 24 November depan dengan menampilka­n tujuh band tempatan dan antarabang­sa yang akan berlangsun­g di Coco Cabana, berlatarka­n suasana indah pemandanga­n Marina Bay Miri.

Tujuh band berkenaan ialah Delilah Rose & The Gunslinger­s (Australia), Mel & Rani (Singapura/Indonesia), Joe Ferdinands F& F (Singapura), Raggy (Pulau Pinang), Ady Wow & Maha ( Sabah), Mountain Wind Band (Sarawak) dan Country Road Band (Sarawak).

Untuk tahun ini, Coco Cabana Miri dipilih sebagai lokasi rasmi MCMF dan Mega Hotel selaku hotel rasmi bagi acara terbabit.

Tiket kini mula dijual dengan harga RM30 dan kemasukan percuma untuk kanak- kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.

Mereka yang ingin membuat pembelian tiket boleh melayari laman Facebook Miri Country Music Fest atau menerusi laman placeborne­o. com/shop.

 ??  ?? PELANCARAN: (Dari tiga kanan) Javaerlyne, Gracie, Lee serta yang lain pada majlis pelancaran MCMF 2018 di Miri, kelmarin.
PELANCARAN: (Dari tiga kanan) Javaerlyne, Gracie, Lee serta yang lain pada majlis pelancaran MCMF 2018 di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia