Utusan Borneo (Sarawak)

Miri siap sedia hadapi musim Monsun Timur Laut

-

MIRI: Sebanyak 107 pusat pemindahan dan tujuh pangkalan hadapan akan diaktifkan di daerah Miri sebagai persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut pada November tahun ini hingga Mac 2019.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat tertutup kelmarin memberitah­u, sebanyak 16 pusat pemindahan dibuka di Miri, Marudi (51), Subis (26), Beluru dan Telang Usan masing-masing tujuh.

Manakala tujuh pangkalan hadapan ialah di Long Jegan, Long Loyang, Long Teran Kanan dan Long Teran Kiri di Tinjar, Long Bemang Baram, Long Iman dan Kampung Melinau di Mulu.

Selain itu, sejumlah 509 kekuatan kakitangan dan pegawai daripada pelbagai agensi selain logistik termasuk dua helikopter, kenderaan pacuan empat roda, bot, lori dan ambulans.

Mesyuarat kelmarin turut memberitah­u, musim Monsun Timur Laut sepanjang November hingga Mac tahun depan menyebabka­n beberapa siri hujan monsun yang menyeluruh.

Ia termasuk hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari berturut yang boleh mengakibat­kan kejadian banjir dan sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang tinggi, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk.

“Ketinggian air pasang paling tinggi ketika air pasang boleh mencecah sehingga 6.5 meter. Tinjauan cuaca Miri djangka menerima jumlah hujan antara 300 mm hingga 500 mm pada November dan Disember,” kata kenyataan itu lagi.

Semasa fasa Monsun Timur Laut, kejadian hujan lebat dan ribut petir setempat dalam jangka masa singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awam malam di kebanyakan daerah di bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia