Utusan Borneo (Sarawak)

Terapi seni, bantuan psikologi pascagempa dan tsunami Palu

-

PALU (Sulawesi Tengah): Mangsa gempa bumi dan tsunami Sulawesi terus diberi perhatian sepenuhnya melalui bantuan psikologi dan penyembuha­n trauma.

Kaunselor Pelatih Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakruradzi Abdullah berkata selain bekalan makanan dan air bersih, bantuan psikologi turut diberikan dengan segera bagi mengelakka­n mangsa mengalami luka psikologi yang mendalam.

“Antara aktiviti yang kami lakukan adalah terapi seni di mana mereka dapat menjadikan ia medium untuk meluahkan perasaan. Daripada lukisan tersebut, kami dapt menilai jika mereka mengalami trauma yang serius,” kata beliau ketika ditemui Bernama di sini.

Fakruradzi yang juga merupakan sukarelawa­n Global Peace Mission (GPM) Malaysia menjelaska­n, terdapat dua golongan sasar yang menerima rawatan psikologi iaitu kanakkanak bawah umur lima tahun dan remaja.

Sementara itu, Ketua Misi GPM Malaysia, Shahrir Azfar Saleh berkata program seperti terapi seni menjadi keutamaan pihaknya dalam memastikan bantuan diberikan secara menyeluruh.

“Kami akan berinterak­si dengan mereka di lapangan dengan aktiviti-aktiviti memberangs­angkan supaya masa mereka terisi. Kita raikan mereka agar mereka tidak terlalu memikirkan kejadian lalu,” katanya.

Tambah beliau, kaedah terapi seni dan kaunseling berkelompo­k yang dilakukan dapat mengetahui tahap kesihatan mental mereka di peringkat awal.

Selain rawatan penyembuha­n trauma dan kaunseling, beliau berkata sokongan keluarga, masyarakat dan aktiviti kerohanian dapat membantu mangsa mengatasi trauma yang dialami.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang ingin menyalurka­n bantuan boleh ke laman sesawang www.billplz.com/gempasulaw­esi atau deposit kepada akaun GLOBAL PEACE MISSION, Maybank : 5642 2161 1602, atau Bank Islam : 1402 3010 02922 4. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia