Utusan Borneo (Sarawak)

Kelvin menerima Diploma Kejurutera­an Pertanian pada konvokesye­n UPM ke-42

-

KUALA LUMPUR: Kelvin Neyok, dari Long Meraan, Ulu Baram, Sarawak mahu kejayaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pembakar semangat buat anak-anak di kampungnya.

Kelvin, 21, menerima Diploma Kejurutera­an Pertanian pada majlis konvokesye­n UPM ke-42 di Serdang, Selangor semalam.

Kelvin dari etnik Penan merupakan satu- satunya anak Long Meraan yang berjaya ke universiti, kini menyambung pengajiann­ya ke peringkat ijazah sarjana muda Kejurutera­an Pertanian di UPM, menurut kenyataan akhbar universiti itu di sini semalam.

Bapa Kelvin, Neyok Ba-

Keluarga saya orang susah dan kedudukan kewangan kami tidak mencukupi. Saya tidak dapat melupakan bantuan dan jasa Dr Ling Tung King, seorang veterinar dari Miri yang telah menampung yuran pengajian saya sejak tingkatan 2 hingga sekarang.

weng adalah seorang petani dan ibu, Roselind Ali seorang suri rumah turut hadir pada majlis konvokesye­nnya.

“Keluarga saya orang susah dan kedudukan kewangan kami tidak mencukupi. Saya tidak dapat melupakan bantuan dan jasa Dr Ling Tung King, seorang veterinar dari Miri yang telah menampung yuran pengajian saya sejak tingkatan 2 hingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata Dr Ling juga banyak memberi dorongan dan motivasi kepadanya sehingga beliau berjaya.

Kelvin juga tidak dapat melupakan pengorbana­n ayahnya yang menghantar­nya untuk tinggal di asrama SK Long Seridan dengan berjalan kaki selama lima jam.

Selepas itu, bila beliau melanjutka­n pelajarann­ya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Marudi, bapanya menghantar­nya dengan menumpang pacuan empat roda sebelum menaiki bot selama lapan jam untuk ke sekolah baharunya.

Sementara itu Nuraimi Abdullah, 23, Orang Asli suku Temuan dari Kampung Orang Asli Ulu Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan yang menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam bidang Sains Biologi amat bersyukur atas kejayaanny­a selepas mengharung­i pelbagai cabaran.

Ayahnya Hee Tai, meninggal dunia semasa beliau dalam darjah 5, dan ibunya, Siti Hajar Abdullah, 58, terpaksa menyara hidup mereka sekeluarga dengan menorah getah.

“Dugaan hebat melanda kami apabila rumah kami terbakar ketika saya melanjutka­n pengajian ke UPM, “katanya.

Beliau berkata hingga kini beliau masih membantu ibunya menoreh getah.

“Buat masa ini saya masih menoreh getah membantu ibu dengan pendapatan RM300 sebulan selain mendapat bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),” katanya. — Bernama

Kelvin Neyok Anak Penan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia