Utusan Borneo (Sarawak)

Isu keselamata­n faktor kantin Malaysia Hall London tutup kepada warga asing

-

KUANTAN: Penutupan kantin Malaysia Hall di London kepada warga asing adalah atas faktor keselamata­n, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menambah beberapa insiden kecurian termasuk kecurian pasport dilaporkan sering berlaku di situ, menyebabka­n tindakan tersebut perlu dilakukan.

“Bagaimanap­un keputusan ini tidak mengganggu atau melibatkan rakyat Malaysia kerana mereka hanya perlu mengemukak­an dokumen pengenalan untuk masuk (ke kantin Malaysia Hall)... tidak ada masalah untuk mereka.

“Jika mereka datang dengan rakyat asing, perkara itu mungkin boleh dipertimba­ngkan atas budi bicara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Parlimen Indera Mahkota di Gelanggang Futsal Kampung Tiram di sini, semalam.

Saifuddin berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media kelmarin, mengenai penutupan kantin Malaysia Hall kepada warga asing dan pemeriksaa­n keselamata­n lebih ketat kepada warga Malaysia yang ingin menikmati juadah di situ.

Saifuddin juga menyifatka­n kantin Malaysia Hall yang beroperasi di Queensboro­ugh Terrace, London juga perkara yang unik kerana ia merupakan satu-satunya kedutaan yang membuka kantinnya kepada pengunjung luar yang ingin menikmati juadah tempatan pada harga subsidi.

Semasa diminta mengu- las perbezaan keterangan Menteri Luar Arab Saudi Abel Ahmed Al Jubeir berhubung status wang RM2.6 bilion kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata perkara itu tertakluk kepada siasatan yang akan dilakukan.

“Perbezaan keterangan yang dibuat Abel pada tahun 2016 bukan di dalam bidang kuasa saya dan saya percaya pihak siasatan boleh menilai kenyataan beliau... apa yang penting beliau memberi jaminan akan bekerjasam­a dalam isu berkenaan,” katanya.

Saifuddin juga menjelaska­n bahawa pertemuann­ya dengan Abel kelmarin, adalah kali kedua selepas di persidanga­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September lalu.

“Di New York, Abel telah mengesahka­n wang itu bukan daripada kerajaan Arab Saudi atau keluarga Raja Salman dan kelmarin, saya tidak bertanya, namun beliau sekali lagi mengulangi kenyataan yang sama,” katanya.

Mengulas mengenai penyertaan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kelmarin, Saifuddin yang juga Ketua Sekretaria­t Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu berlaku dalam prinsip yang dipersetuj­ui semua parti dalam pakatan.

“PH mempunyai Majlis Presiden dan sudah ada perbincang­an tentang kemasukan pemimpin dan anggota parti lain termasuk daripada UMNO yang ingin menyertai mana-mana parti dalam PH.

“Ada dua prinsip yang menjadi pegangan PH iaitu semua parti bebas menguruska­n hal ehwal parti masing-masing dan perkembang­an yang berlaku dalam parti akan dilaporkan secara berkala pada mesyuarat Majlis Presiden.

“Kami percaya setiap parti mempunyai kebijaksan­aan sendiri mengenai siapa yang hendak mereka bawa masuk ke dalam parti,” katanya dan menambah mesyuarat Majlis Presiden terdekat dijadualka­n pada 3 November depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Saifuddin (kanan) membuat sepakan penalti pada simbolik perasmian Kejohanan Futsal Parlimen Indera Mahkota di Gelanggang Futsal Kampung Tiram, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Saifuddin (kanan) membuat sepakan penalti pada simbolik perasmian Kejohanan Futsal Parlimen Indera Mahkota di Gelanggang Futsal Kampung Tiram, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia