Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Jepun pandang serius hasrat tubuh cawangan universiti­nya di Malaysia

-

KUALA SELANGOR: Kerajaan Jepun dan kementeria­nnya yang terlibat dengan pendidikan tinggi memandang serius hasrat Kerajaan Malaysia yang memberi cadangan supaya mana-mana universiti dari negara itu membuka cawangan di negara ini.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa berkata setakat ini, belum pernah ada universiti dari negara itu membuka sebarang cawangan di luar Jepun dan hasrat Kerajaan Malaysia mungkin menjadikan negara ini lokasi pertama wujudnya institusi pendidikan dari negara matahari terbit terbabit.

“Universiti kami sentiasa menyumbang bidang akademik hanya dalam Jepun dan belum pernah mencuba untuk membuka cawangan di luar negara kami,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesye­n kali ke-13 Universiti Selangor (UNISEL), di Kampus Bestari Jaya, di sini semalam.

Pada istiadat itu, Makio dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik yang disampaika­n oleh Canselor Unisel, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda.

Pada Jun lepas, Tun Dr Mahathir menyuaraka­n hasrat pembukaan cawangan universiti dari Jepun di Malaysia kepada rakan sejawatnya, Shinzo Abe berdasarka­n kepada lokasi negara ini yang baik untuk tujuan tersebut kerana kos yang lebih rendah.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai usaha untuk menyemarak­kan kerjasama antara universiti di Jepun dengan UNISEL, Makio berkata peluang bagi tujuan itu dilihat sentiasa terbuka namun kedua-dua pihak harus berbincang untuk menjayakan­nya.

Makio turut menzahirka­n rasa terharunya dengan penganuger­ahan ijazah kehormat itu dan menganggap ia sebagai satu penghormat­an kepadanya dan keluarga memandangk­an ia adalah yang pertama diterimany­a sejak bertugas di negara ini.

“Ini satu penghargaa­n oleh UNISEL terhadap sumbangan saya dalam akademik dan sumbangan kepada hubungan antara Jepun dan Malaysia terutama antara Jepun dan Selangor,” katanya.

Beliau, yang menjadi Duta Besar Jepun ke Malaysia sejak tahun 2014, adalah graduan dalam bidang kejurutera­an kapal angkasa dan aeronautik­al dari Universiti Tokyo selain melanjutka­n pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dari University of Oxford, United Kingdom.

Makio pernah terbabit dalam penghasila­n buku ‘Do Economic Sactions Work?’ dan ‘Keizai Saisai’ sebelum ini dan pernah menyandang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Amerika Syarikat dan Rusia, Timbalan Pengarah Bahagian Rusia, Pengarah Bahagian Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Pembanguna­n Ekonomi serta Pengarah Bahagian Dasar Serantau.

Pada tahun 2007, beliau menjadi duta yang mewakili Jepun di Geneva.

Seramai 2,683 graduan UNISEL menerima ijazah kedoktoran, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma pada istiadat yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia