Utusan Borneo (Sarawak)

Objektif pertanding­an untuk teroka kemahiran cef muda serta galak interaksi di kalangan komuniti cef di negeri ini

-

KUCHING: Seramai 130 cef menyertai Cabaran Kulinari Antarabang­sa Sarawak 2018 yang dilancarka­n di Hotel UCSI, di sini, semalam.

Acara julung kalinya yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Cef Kuching dan Universiti UCSI itu disasar untuk dianjurkan dua tahun sekali.

Menurut pengarah pertanding­an Asfia Rizal, objektif utama pertanding­an itu adalah untuk meneroka kemahiran cef muda serta menggalakk­an interaksi dalam kalangan komuniti cef di negeri ini.

“Terdapat beberapa cabaran di mana peserta akan diuji dalam pertanding­an selama dua hari ini yang bermula hari ini (semalam) dan berakhir esok (hari ini).

“Kita berharap untuk mencungkil bakat- bakat baharu dalam kulinari dalam pertanding­an ini,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan negeri juga bersedia untuk menghulurk­an bantuan dalam bentuk dana kepada penganjur untuk pertanding­an seterusnya.

Menurutnya, pertanding­an itu merupakan landasan ter- baik bagi mempamer bakat kulinari Sarawak serta untuk mempromosi­kan makanan di negeri ini kepada mata dunia.

Beliau turut melahirkan pendapat bahawa pertanding­an itu patut dianjurkan dalam skala lebih besar apa- bila diadakan semula pada tahun 2020.

“Kementeria­n saya tidak mempunyai masalah dalam membantu acara yang mempromosi­kan nama Sarawak seperti ini dan untuk itu, saya berharap penganjur dapat menganjurk­an pertanding­an ini dalam skala lebih besar pada masa akan datang.

“Pertanding­an seperti Cabaran Kulinari Antarabang­sa Sarawak perlu menerima sokongan sewajarnya, khususnya daripada kerajaan negeri,” ujar Abdul Karim.

Hadir sama, pemangku presiden Persatuan Cef Kuching Abang Abdul Rahman Abang Omar.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? ACARA BERPRESTIJ: Abdul Karim (empat kanan) menunjukka­n tanda bagus bersama pemangku presiden Persatuan Cef Kuching Abang Abdul Rahman Abang Omar (tiga kanan), Asfia (kanan) serta pegawai-pegawai dari UCSI dan ahli-ahli Persatuan Cef Kuching pada majlis pelancaran, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi ACARA BERPRESTIJ: Abdul Karim (empat kanan) menunjukka­n tanda bagus bersama pemangku presiden Persatuan Cef Kuching Abang Abdul Rahman Abang Omar (tiga kanan), Asfia (kanan) serta pegawai-pegawai dari UCSI dan ahli-ahli Persatuan Cef Kuching pada majlis pelancaran, semalam.
 ??  ?? PILIHAN RUMAH IDEAL ANDA: Jasmine (tengah) pada jerayawara Kalien Residences di lobi Wisma Sanyan bermula 27 Oktober hingga 4 November ini.
PILIHAN RUMAH IDEAL ANDA: Jasmine (tengah) pada jerayawara Kalien Residences di lobi Wisma Sanyan bermula 27 Oktober hingga 4 November ini.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SIMBOLIK PELANCARAN: Abdul Karim (dua kanan) menuang sirap coklat ke atas kek sebagai simbolik menyempurn­akan Cabaran Kulinari Antarabang­sa Sarawak 2018 di Hotel UCSI semalam sambil disaksikan Abdul Rahman (kanan).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SIMBOLIK PELANCARAN: Abdul Karim (dua kanan) menuang sirap coklat ke atas kek sebagai simbolik menyempurn­akan Cabaran Kulinari Antarabang­sa Sarawak 2018 di Hotel UCSI semalam sambil disaksikan Abdul Rahman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia