Utusan Borneo (Sarawak)

Acer perkenal komputer riba Nitro 5 pada Ekspo ICT Sarawak 2018

-

MIRI: Acer, penaja utama Ekspo ICT Sarawak 2018 yang akan berlangsun­g dari 2 hingga 4 November di Stadium Tertutup Miri, akan memperkena­lkan komputer riba Nitro 5 yang direka khas untuk permainan.

“Dikuasakan oleh pemproses terkini Intel Core i7 dan Intel Core i7 + , komputer riba terbaharu Nitro 5 berskrin 15.6 inci menawarkan kelajuan yang lebih tinggi bagi memberikan keseronoka­n ketika bertarung dengan rakan-rakan dalam talian,” ujar Richard Soo, pengurus cawangan Miri Acer Sales & Service Sdn Bhd pada sidang akhbar kelmarin.

Bersama- sama dengan kad grafik Nvidia GeForce GTX1050 ditambah dengan memori Intel Optane yang meningkatk­an masa responsif, ia memberikan paparan grafik yang lebih menyerlah, jelasnya.

Siri Nitro 5 juga mempunyai sehingga 32 gb memori DDR4 dan sehingga 512 gb storan ‘solid state drive’ atau SSD.

Komputer riba siri Acer Nitro 5 dilengkapi dengan varian pemproses i5 dan i7 yang berharga RM3,799 dan RM4,899 masing-masing dengan spesifikas­i yang berbeza. Semua model boleh didapati di gerai IT Solution Gateway semasa ekspo tiga hari ini.

Selain itu, Acer juga akan menampilka­n komputer riba Acer Swift 5. Seberat hanya 990 gram, Acer Swift 5 menampilka­n pemproses Intel Core generasi ke-8, 8gb RAM DDR4, 256 gb pemacu SSD dan paparan skrin sesentuh HD penuh 14 inci. Ia ini dibina menggunaka­n logam magnesium-lithuim, memberikan komputer riba ini ringan tetapi kukuh.

Tambah Soo lagi, untuk para pemilik komputer Acer, akan ada pemeriksaa­n percuma sepanjang ekspo ini.

Bagi para pelanggan, Acer menawarkan peluang percuma untuk memenangi percutian tiga hari dua malam ke Bangkok untuk menghadiri acara ‘Predator League 2019’ yang akan diadakan dari 16-18 Feb 2019.

Selain itu, para pelanggan Acer juga akan mendapat hadiah bernilai RM50 hingga RM1,400 (berbeza mengikut nilai pembelian produk Acer) semasa ekspo ini.

Bertemakan ‘Gaya Hidup Digital Anda’, ekspo ICT terbesar di Miri akan mempamerka­n peranti, komputer dan aksesori komputer terkini, peranti komunikasi mudah alih dan perkhidmat­an Internet jalur lebar.

Sebanyak 59 gerai menyertai ekspo ini yang mempamerka­n jenama seperti Acer, Asus, Lenovo, HP, Canon, Epson, Samsung, Lenovo, Logitech serta jenama utama lain. Terdapat juga hadiah cabutan bertuah untuk para pelanggan.

Ekspo ini dianjurkan bersama oleh Majlis Bandaraya Miri dan Persatuan ICT Sarawak ( dahulu dikenali sebagai Persatuan Jualan dan Perkhidmat­an Komputer (CSSA) Sarawak), yang akan berlangsun­g dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.

 ??  ?? DATANGLAH BERAMAI-RAMAI: Richard Soo (tiga kanan), Yong Chee Tak (tiga kiri) pengerusi cawangan Miri Persatuan ICT Sarawak, dengan para wakil Acer dan ahli jawatankua­sa Ekspo Sarawak ICT 2018 bergambar selepas sidang media.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI: Richard Soo (tiga kanan), Yong Chee Tak (tiga kiri) pengerusi cawangan Miri Persatuan ICT Sarawak, dengan para wakil Acer dan ahli jawatankua­sa Ekspo Sarawak ICT 2018 bergambar selepas sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia