Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi diselaras INTERPOL bersama 116 negara, banteras ubat berbahaya

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM) merampas 251,782 produk kesihatan bernilai RM2.8 juta yang melanggar undang-undang sepanjang Operasi Pangea XI dari 9 hingga 16 Okt, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata 106,222 pil gugur, suntikan vitamin C, antibiotik dan steroid tidak berdaftar, pelangsing badan dan produk farmaseuti­kal campur racun, 90,304 ubatubatan tidak berdaftar serta 55,526 produk farmaseuti­kal menyalahi undang-undang dirampas.

“Selain itu, 339 peniaga yang mengiklank­an produk kesihatan dan melanggar undang-undang telah diambil tindakan iaitu sebanyak 403 laman sesawang dan 723 akaun laman sosial telah dis- ekat atau ditutup,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, Operasi Pangea XI yang memasuki edisi keenam melibatkan kerjasama antara Bahagian Penguatkua­saan Farmasi, Jabatan Kastam, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia serta CyberSecur­ity Malaysia.

“Operasi ini yang diselarask­an oleh INTERPOL bersama 116 negara lain dalam usaha membantera­s penjualan ubat-ubatan serta peranti perubatan yang berbahaya kepada pengguna secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata operasi kali ini menyasarka­n tiga aspek utama iaitu pembekal perkhidmat­an internet ( ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmat­an penghantar­an ubatubatan ( kurier dan pos). — Bernama

Selain itu, 339 peniaga yang mengiklank­an produk kesihatan dan melanggar undang-undang telah diambil tindakan iaitu sebanyak 403 laman sesawang dan 723 akaun laman sosial telah disekat atau ditutup. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia