Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor pelatih terperangk­ap jerat ‘Macau Scam’

-

KUANTAN: Seorang doktor pelatih lelaki kerugian RM12,400 selepas terperangk­ap dalam penipuan sindiket ‘ Macau Scam’, sehingga mendedahka­n kata laluan perbankan Internetny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa memberikan maklumat itu kepada seorang juruaudit yang kononnya menguruska­n siasatan jenayah pengubahan wang haram.

“Mangsa mendakwa dia dihubungi seorang ‘pegawai’ Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) memaklumka­n dirinya dikaitkan dalam kegiatan itu dan diminta bercakap dengan dua lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai polis berpangkat Inspektor.

“Mereka mengatakan dirinya juga terlibat dengan kes dadah sebelum panggilan disambungk­an dengan ‘Mr Lim’ yang kononnya juruaudit kes yang memintanya untuk membuat pemindahan wang dalam talian.

“Mangsa memberitah­u dia tidak dapat melakukan transaksi yang diminta pada masa itu, dan terus memberikan maklumat peribadiny­a kepada ‘ Mr Lim’ supaya membantuny­a berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir menambah mangsa mendakwa wang itu dipindahka­n ke dalam akaun Bank Negara untuk tujuan ‘pembersiha­n dana’ daripada kegiatan jenayah tersebut.

Mangsa bagaimanap­un berasa curiga dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang kelmarin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperun- tukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Mohd Wazir menambah seorang pekerja kedai alat ganti kenderaan yang berusia 27 tahun membuat laporan di IPD Kuantan kelmarin, kerana mendakwa ditipu sebanyak RM9,140 oleh syarikat pemberi pinjaman wang tidak wujud.

Mangsa mendakwa mahu membuat pinjaman sebanyak RM40,000 daripada syarikat yang kononnya beralamat di Johor, selepas membaca iklan di laman sosial Facebook pada 23 Okt lalu.

“Mangsa telah membuat pelbagai bayaran bermula 24 Okt lalu yang kononnya untuk urusan pentadbira­n sehingga dia berasa curiga kerana masih diarahkan berbuat demikian walaupun belum menerima wang itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia