Utusan Borneo (Sarawak)

Polis marin rampas 537kg daun ketum, ubat batuk, kenderaan

-

PASIR PUTEH: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga merampas 537 kilogram (kg) daun ketum, 11 botol ubat batuk dan sebuah kenderaan yang dianggarka­n bernilai RM108,290 dalam dua serbuan berasingan di Semerak di sini, dan Kuala Besut di Terengganu pada semalam dan pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ACP Norzaid Muhammad Said berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah kosong di Kampung Raja Dagang di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin, pihaknya menemui 500 kg daun ketuam dalam bungkusan plastik di premis berkenaan.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pula di sebuah rumah di Jalan Jerteh, Kampung Beris Lampu, Kuala Besut, kira-kira 3 pagi semalam, pihaknya menemui 37 kg daun ketum dan 11 botol ubat batuk.

“Barangan terlarang tersebut ditemui di ruang dapur, bilik air, di atas kerusi di ruang tamu dan di dalam sebuah kender- aan pelbagai guna ( MPV) jenis Toyota Alphard yang terletak di halaman rumah berkenaan.

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun di rumah berkenaan kerana disyaki memproses daun ketum ,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PPM Wilayah 3, Tok Bali di sini, semalam.

Norzaid berkata lelaki berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki daun ketum dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana memilki ubat batuk disyaki mengandung­i kodein.

Katanya daun ketum yang siap diproses dipercayai untuk diedarkan ke seluruh Kelantan dan Terengganu.

“Polis akan terus memperting­katkan kawalan di persisiran pantai dan membuat siasatan lanjut kerana penyalahgu­naan barangan terlarang tersebut semakin membimbang­kan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia