Utusan Borneo (Sarawak)

Maklum pihak berkuasa jika ada pergerakan mencurigak­an di sempadan

-

BUKIT KAYU HITAM: Masyarakat yang tinggal di kawasan berhampira­n sempadan negara diminta memaklumka­n kepada pihak berkuasa dengan segera jika terlihat pergerakan mencurigak­an di sepanjang sempadan kerana dikhuatiri ia merupakan aktiviti penyeludup­an.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah yang juga ahli parlimen Kubang Pasu berkata ini bagi memastikan pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Negara (AKSEM) dapat mengambil tindakan segera yang berpatutan.

“Sempadan kita ini sangat luas.. walaupun ada pagar sempadan kadang- kadang penyeludup berani memotong pagar sempadan malah mereka juga membawa masuk barang melalui laluan haram dan perkara ini sebenarnya menyebabka­n kerugian hasil kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Mencegah Penyeludup­an Tanggungja­wab Bersama: Sayangi Malaysiaku anjuran JKDM Kedah di SK Felda Bukit Tangga semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastama­n/ Cukai Dalam Negeri) Datuk Paddy Halim. — Bernama KEPALA BATAS: Polis berjaya menumpaska­n sindiket memproses dan menjual air ketum di kawasan Penaga selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Penaga, di sini dan menahan tiga lelaki dalam serbuan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu rumah tersebut pada jam 6 petang dan menahan tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n polis menemui dan merampas 55 bungkusan dan 40 botol air ketum iaitu kira- kira 162.5 liter dan tiga plastik berisi daun ketum seberat tiga kilogram yang kesemuanya bernilai RM750,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan, sindiket itu mendapatka­n bekalan daun ketum dari negeri jiran sebelum memproses sendiri di rumah berkenaan dan menjual kepada pelanggan mereka di sekitar kawasan Penaga.

Katanya tiga lelaki yang tid- ak bekerja dan positif dadah itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Dalam perkembang­an lain, Noorzainy berkata polis menahan tiga lelaki berusia 34 hingga 50 tahun dipercayai pengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Dua, Butterwort­h jam 6 petang kelmarin.

Katanya hasil pemeriksaa­n dalam rumah itu, polis menemui 15 peket heroin seberat 24 gram (g) dan satu peket syabu seberat 0.7g bernilai RM2,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia