Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut, seorang parah kemalangan ketika berlumba haram

-

BUTTERWORT­H: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan dipercayai ketika sedang berlumba haram di Kilometer 5.4 Lingkaran Luar Butterwort­h (BORR), di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Se- berang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian jam 2.25 pagi itu, pekerja kilang Khairul Haizam Muhamad Hanif, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di pinggang, pinggul dan badan.

Beliau berkata kejadian berlaku apabila kedua-dua motosikal yang ditunggang mereka laju dari Bagan Ajam menghala Perai, hilang kawalan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan serta tiang lampu.

“Khairul Haizam meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta tangan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang cedera parah itu turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kemalangan itu disiasat menurut Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Noorzainy berkata polis menahan empat remaja lelaki berusia antara 14 dan 18 tahun yang sedang leka berlumba haram dan melakukan pelbagai aksi berbahaya di BORR malam kelmarin.

“Dalam operasi jam 10 malam itu, sekumpulan penunggang motosikal telah berlumba haram dan mem- buat pelbagai aksi berbahaya bermula dari Tol Bagan Ajam menghala ke Perai kemudian membuat pusingan semula ke Plaza Tol Bagan Ajam (arah Sungai Dua) dua kali.

“Tindakan pantas polis yang mengepung kawasan itu berjaya menahan empat remaja berkenaan dan mereka disiasat menurut Seksyen 42( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Katanya operasi di kawasan BORR yang memang menjadi tumpuan mat rempit terutama pada malam minggu, akan diteruskan dari semasa ke semasa, kerana tindakan mereka bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri sendiri tapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia