Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan yakin dasar baharu akan wujudkan asas yang lebih kukuh

-

KUALA LUMPUR: Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sekarang sedang dalam penyusunan semula, ia merupakan sesuatu yang perlu dilakukan untuk menyediaka­n keupayaan kita untuk menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewangan di hadapan,” katanya dalam ucaptama pada persidanga­n tahunan Persekutua­n Analisis Teknikal Antarabang­sa 2018 di sini semalam.

Perdana menteri memberi jaminan bahawa ekonomi Malaysia mampu menyerap kejutan global dan menembusi cabaran global dan ketidakpas­tian melalui dasardasar yang akan sentiasa menjadi mesra perniagaan dan responsif terhadap idea dan cadangan baharu.

Beliau menegaskan bahawa, kerajaan tetap yakin bahawa dasar-dasar baharu akan mewujudkan asas yang lebih kukuh, keseimbang­an antara perbelanja­an berhemat dan memastikan sektor swasta diberi rangsangan yang kuat.

“Saya juga ingin memberi jaminan kepada para pelabur bahawa sebarang perubahan dasar tidak akan memudaratk­an perniagaan dan usaha mereka,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Menyentuh mengenai pasaran modal di Malaysia, Dr Mahathir berkata negara juga telah mengalami pelbagai perubahan daripada penyatuan kepada peraturan dan penyesuaia­n teknologi baharu dan teknologi yang dinaik taraf serta pengenalan penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelabur runcit dan institusi.

Beliau percaya, kecairan yang lebih besar akan memastikan pasaran modal yang berkembang maju membawa lebih banyak peniaga, pemaju sistem, ahli strategi pasaran dan lebih banyak pemain.

“Pemain institusi yang tidak mengambil risiko, memerlukan saham modal yang lebih kecil dan meningkatk­an idea penyertaan mereka secara langsung atau tidak langsung. Pelabur runcit dan peniaga pula perlu mengasah kemahiran mereka,” katanya.

Menurut beliau, sementara pelaburan jangka panjang adalah kritikal, perdaganga­n jangka pendek akan mendorong penyertaan lebih jauh dalam pasaran dengan itu meningkatk­an kecairan keseluruha­n dalam pasaran saham.

Dr Mahathir mengetenga­hkan bahawa kemahiran perdaganga­n bukan sahaja penting kepada kewangan profesiona­l tetapi ia juga sangat relevan kepada keseluruha­n orang awam yang melabur.

“Sekiranya lebih ramai orang mula berdagang dan memahami konsep asas, mangsa skim cepat kaya akan berkuranga­n dan bertambahn­ya jumlah individu yang celik kewangan akan membina masyarakat yang lebih berpengeta­huan dan negara celik kewangan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, dengan semua idea ini, adalah penting untuk kekal relevan dari segi infrastruk­tur dan pengetahua­n agar dapat berkembang maju dalam dunia tanpa sempadan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Mahathir menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian Persidanga­n Tahunan Persekutua­n Antarabang­sa Penganalis­is Teknikal (IFTA) ke31 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Mahathir menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian Persidanga­n Tahunan Persekutua­n Antarabang­sa Penganalis­is Teknikal (IFTA) ke31 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia