Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanisme terbaik dicari supaya tangkapan nelayan dijual munasabah

-

KLUANG: Kerajaan Johor menyasarka­n perolehan hasil jualan menjangkau RM100,000 di program tiga hari Mini Agro Johor Daerah Kluang, yang bermula kelmarin di tapak Projek Pertanian Moden, di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya turut menyasarka­n kehadiran 10,000 pengunjung dari Kl- uang dan daerah sekitarnya ke program berkenaan.

Beliau berkata program yang dijadikan aktiviti tahunan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani itu bertujuan mempromosi­kan Ekspo Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA), yang dijadualka­n pada 22 Nov sehingga 2 Dis ini di MAEPS, Serdang.

“Sebagai sebuah kawasan yang popular dan sering menjadi tumpuan utama di Kluang dan Ayer Hitam, lokasi ini sesuai dijadikan platform untuk mengetenga­hkan produk asas tani kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mini Agro Johor semalam.

“Dalam masa yang sama, ia juga dapat memberikan manfaat kepada pengunjung kerana harga yang ditawarkan di Mini Agro Johor ini jauh lebih rendah berbanding harga pasaran,” tambahnya.

Sahruddin berkata program berkenaan membabitka­n 70 lot jualan produk usahawan yang menawarkan barangan hasil pertanian seperti benih pokok, buah- buahan, makanan dan minuman serta pameran daripada lebih 20 agensi kerajaan. — Bernama PONTIAN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari mekanisme terbaik bagi memastikan hasil tangkapan nelayan di negara ini dijual pada harga munasabah kepada orang tengah, sekali gus membantu golongan itu meningkatk­an pendapatan masing-masing.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata isu timbul ketika ini ekoran hasil tangkapan nelayan dibeli terlalu murah oleh orang tengah, namun, kemudian dijual pula dengan harga tinggi di bandar-bandar besar.

Keadaan ini menurutnya telah berlarutan hampir 60 tahun sejak merdeka tetapi masih tidak mempunyai sebarang penyelesai­an.

Oleh itu, menurutnya, pertemuan dan perbincang­an pihaknya bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP), persatuan nelayan dan juga persatuan perniagaan perikanan akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi mendapatka­n penyelesai­an.

“Kalau di pangkalan (jeti), ikan kembung dibeli pada harga RM4, RM5 (sekilogram) tetapi apabila di atas meja (pasar-pasar di bandar besar) harganya sampai RM20 (sekilogram). Ini merupakan satu perbezaan yang cukup jauh, tidak sepatutnya berlaku walaupun setelah mengambil kira kos pengangkut­an (orang tengah membawa ikan ke bandar),” katanya.

Salahuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n elaun sara hidup secara tunai kepada 647 nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK) Johor Selatan di Kompleks Penghulu Serkat, Mukim Serkat di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jamaludin Othman.

Beliau berkata semasa pentadbira­n kerajaan terdahulu, menteri-menteri ketika itu termasuk Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pernah mengambil pendekatan ‘berjihad’ terhadap orang-orang tengah yang membeli hasil tangkapan nelayan itu tetapi tidak juga mendatangk­an penyelesai­an.

“Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya lagi. Saya faham ia bukan mudah. Namun, paling tidak pun berjaya mendapatka­n harga yang munasabah buat mereka (nelayan) berbanding harga akhir ikan itu (harga dijual di bandar),” katanya.

Mengulas isu lain, Salahud- din yang juga ahli parlimen Pulai berkata proses pemutihan untuk memastikan hanya nelayan yang masih menjadi nelayan layak menerima elaun sara hidup dan insentif daripada kerajaan, akan dijalankan sehingga tahun ini.

Justeru, beliau berkata adalah diharapkan LKIM akan menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan bekerjasam­a sepenuhnya dengan semua pihak termasuk penghulu, ketua kampung dan wakil rakyat bagi memastikan usaha itu tercapai.

Berhubung ura-ura bahawa Jabatan Taman Laut Malaysia akan diletakkan semula di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani berbanding di bawah Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli sebelum ini, Salahuddin berkata kabinet telah membuat keputusann­ya mengenai perkara terbabit.

“Keputusan kabinet telah meletakkan Jabatan Taman Laut di bawah kementeria­n saya, sebab asalnya ia memang di bawah kementeria­n ini.

“Saya rasa tidak ada isu sebab sebelum ini pun kita mengawal kapal-kapal laut dan kita ada cukup agensi untuk melakukan pengawalan,” kata laporan sebuah akhbar arus perdana kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia