Utusan Borneo (Sarawak)

JPBN Terengganu tidak ambil mudah bencana banjir, selesai latihan terakhir

-

KUALA TERENGGANU: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu tidak ambil mudah dalam menghadapi banjir meskipun saban tahun negeri itu menghadapi bencana tersebut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman berkata berikutan itu pihaknya mengadakan beberapa siri latihan dan hari ini adalah yang terakhir melibatkan 250 peserta daripada semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam jawatankua­sa itu.

Program itu, katanya, adalah salah satu daripada latihan tahunan yang bertujuan mengkoordi­nasi sistem pengurusan bencana di peringkat daerah dan negeri secara sistematik yang memberi peluang mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk Agensi Pengurusan BencanaNeg­ara(NADMA) dan Jabatan Meteorolog­i Malaysia.

“Walaupun kita di Terengganu saban tahun berpengala­man dalam pengurusan bencana banjir di peringkat negeri dan daerah, namun latihan sebegini adalah sangat perlu bagi pembelajar­an berterusan, perkongsia­n maklumat dan mengemaski­ni maklumat,” katanya kepada Bernama semalam.

Mengikut laporan Jabatan Meteorolog­i Malaysia, Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula hari ini dan berterusan hingga Mac 2019.

Dalam tempoh itu, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku pada November dan Disember ini. Episod hujan lebat itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor manakala pada Disember 2018 dan Januari 2019, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta Sabah.

Kenyataan dalam laman rasmi Jabatan Meterologi Malaysia itu kelmarin menyebut hujan lebat berterusan untuk tempoh tiga sehingga lima hari boleh mengakibat­kan banjir di kawasan-kawasan rendah dan kawasan kerap banjir.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk. Luruan monsun pertama yang membawa hujan monsun berterusan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka berlaku pada 30 Okt hingga 1 Nov 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia