Utusan Borneo (Sarawak)

Pasport Malaysia duduki ranking ke-5, bukti pengiktira­fan negara lain

-

KUALA LUMPUR: Pasport Malaysia Antarabang­sa (PMA) yang mempunyai ciri keselamata­n yang tinggi sekali gus menduduki ‘ranking ke5’ paling berkuasa di dunia membuktika­n pengiktira­fan negara lain terhadap Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali berkata pengiktira­fan oleh Global Passport Power Rank 2018 itu menjadikan PMA setanding dengan pasport negara lain seperti New Zealand dan Australia.

“PMA kita mempunyai ciri- ciri keselamata­n yang tinggi, contohnya penggunaan e- passport. Malaysia merupakan pengeluar pertama dunia yang mengeluark­an e- passport yang menggunaka­n cip keselamata­n yang tertanam di dalamnya.

“Ini memudahkan segala urusan di kaunter Imigresen. Kami boleh kenal pasti segala maklumat dan profil pemegang pasport termasuk pergerakan dan perjalanan­nya di setiap negara dengan pantas apabila diimbas di kaunter imigresen,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata selain itu, PMA sukar dipalsukan kerana mempunyai sistem keselamata­n pada polikarbon­at selain ciri keselamata­n yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mustafar berkata hanya pegawai Imigresen terlatih sahaja mampu mengesan sekiranya terdapat manamana pihak tidak bertang- gungjawab cuba menciplak PMA.

Mustafar berkata lagi, selain ciri-ciri keselamata­n, prinsip Rukun Negara dan imej grafik yang menggambar­kan lokasi ikonik dan mercu tanda negara juga dicetak pada PMA.

“Paling penting, PMA mengikut piawaian Pertu- buhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO), agensi di bawah Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) yang mewujudkan spesifikas­i dan standard piawaian dokumen perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar masuk di sempadan negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia