Utusan Borneo (Sarawak)

Rungutan di sebalik kelancaran pemilihan PKR di Perak

-

IPOH: Di sebalik kelancaran proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat ( PKR) negeri Perak setakat tengah hari semalam, terdapat juga keluhan daripada anggota parti terutama terpaksa menunggu lama untuk mengundi.

Di cabang Ipoh Barat misalnya, seorang lelaki warga emas tidak berpuas hati selepas datang ke pusat pemilihan di sebuah hotel di sini pada jam 9 pagi, namun dimaklumka­n proses pemilihan hanya bermula pada 10 pagi.

Lelaki tersebut yang bersemanga­t untuk memilih sehingga menjadi orang pertama datang ke pusat pemilihan, akhirnya balik tanpa mengundi.

Di Tapah, ramai pengundi merungut kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapat giliran mengundi menggunaka­n sistem atas talian e-undi di Dewan Serbaguna Al-Mukmin, Kampung Batu 3 Jalan Pahang.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim, 60, dari Pekan Tapah berkata ramai pengundi datang seawal 8 pagi, namun terpaksa menunggu lama dan berpanas demi menunaikan tanggungja­wab.

“Pak cik ni bukanlah larat sangat tapi boleh datang seawal 8 pagi. Cuma terpaksa menunggu lebih sejam lamanya untuk masuk mengundi,” katanya sambil berharap segala kelemahan perlu diperbaiki,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu seorang pengundi yang mahu dikenali Ina, 41 dari Kampung Air Kuning berkata dia keletihan kerana bahang selain hanya dapat mengundi kira- kira 12.15 tengah hari selepas beratur sejak 9.30 pagi.

Seorang lagi pengundi yang mahu dikenali Suhana, 34, dari Temoh berharap pihak urusetia menyediaka­n kemudahan yang mencukupi ketika pengundi menunggu giliran masuk untuk memilih lebihlebih untuk golongan ibu yang membawa anak.

Di Bagan Serai, calon ketua cabang Sharif Sarjono meminta Jawatankua­sa Pemilihan Parti ( JPP) supaya membenarka­n petugas daripada wakil-wakil calon membantu kelancaran pemilihan lebihlebih lagi selepas pusat pengundian hanya dibuka pada 10.30 pagi.

“Kalau tidak cukup petugas kita di sini boleh bantu JPP. Malangnya JPP tidak benarkan,” katanya sambil berkata perkara itu membuktika­n kelemahan JPP dalam memastikan pemilihan berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, calon cabang Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad telah menghantar permohonan kepada JPP supaya melanjutka­n masa pengundian bagi cabang berkenaan.

Beliau berkata perkara itu perlu diberikan perhatian memandangk­an ramai anggota PKR cabang Tambun bekerja hari ini dan pelanjutan tempoh memilih memberi peluang kepada mereka mengundi.

“Kita telah hantar (permohonan) pada urus setia JPP supaya panjangkan tempoh masa mengundi dari 5 ke 6 petang. Ia telah dipanjangk­an ke peringkat pusat dan kita hanya menunggu keputusan mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KECOH: Suasana kelihatan sedikit tegang ketika para Perwakilan dan calon tiba bagi pengundian untuk pemilihan jawatankua­sa Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri pada Permilihan Parti 2018 di pusat mengundi Tambun semalam.
— Gambar Bernama KECOH: Suasana kelihatan sedikit tegang ketika para Perwakilan dan calon tiba bagi pengundian untuk pemilihan jawatankua­sa Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri pada Permilihan Parti 2018 di pusat mengundi Tambun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia