Utusan Borneo (Sarawak)

Mustapa tak ditawar jawatan dalam parti, kerajaan

-

TANAH MERAH: Bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam kelmarin tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincang­an khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang jawatan kepada Mustapa yang juga ahli parlimen Jeli.

“Mustapa hanya memaklumka­n untuk menyertai parti dan mendukung perjuangan BERSATU dalam memperkasa­kan kedudukan bangsa Melayu terutama di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan BERSATU bahagian Tanah Merah di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubunga­n BERSATU Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor dan Ketua BERSATU bahagian Tanah Merah Bahari Mohd Nor.

Ditanya adakah BERSATU akan menerima mana-mana pemimpin daripada UMNO untuk menyertai parti itu, Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pihaknya akan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan pem- impin terbabit.

“Pemimpin lain boleh maklumkan untuk menyertai BERSATU tapi kita akan tapis dahulu kerana kita nak pemimpin yang betul-betul bersih sahaja.

“Setakat hari ini Tok Pa ( Mustapa) dilihat sebagai tokoh yang bersih, dihormati dan disegani,” katanya.

Malam kelmarin Mustapa menyerahka­n borang keanggotaa­nnya secara rasmi kepada Pengerusi BERSATU yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertinggin­ya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti berkenaan di Petaling Jaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia