Utusan Borneo (Sarawak)

Man United akan melayan kunjungan Everton, kelab lama Lukaku dan penyerang itu ingin berikan 100 peratus komitmen

-

MANCHESTER: Romelu Lukaku akan menjadi tumpuan apabila dia menentang kelab lamanya Everton pada malam ini (Ahad), dengan matlamat untuk melancarka­n musim yang sedang berubah dengan cepat.

Pemain antarabang­sa Belgium itu dikritik ramai selepas MU ditewaskan 10 di stadium sendiri oleh Juventus pada pertengaha­n minggu, untuk melanjutka­n kemarau golnya kepada lapan perlawanan.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang ditandatan­gani MU dari Everton untuk £75 juta (RM413 juta) pada musim panas 2017, masih berbisa di pentas antarabang­sa, dengan lima jaringan untuk negaranya dalam empat perlawanan antarabang­sa pada musim ini.

Pada peringkat ini pada musim lepas, dia sudah menjaringk­an lima gol dalam tiga perlawanan Belgium, tetapi dia juga menyumbat 11 gol yang menakjubka­n dalam 13 penampilan untuk kelabnya.

Jaringan Lukaku untuk MU sudah menurun dengan ketara pada musim ini, dengan hanya empat gol sahaja dalam 13 perlawanan untuk pasukan Jose Mourinho.

Mourinho mengakui selepas perlawanan menentang Juventus bahawa Lukaku sedang bergelut tetapi kelmarin di sidang akhbar pra-perlawanan­nya, dia menyuaraka­n keyakinan bahawa Lukaku akan bangkit semula.

“Saya selalu rasa begitu,” kata Mourinho. “Saya selalu merasakan b a h a w a perlawanan seterusnya adalah perlawanan itu.

“Saya rasa begitu bagi setiap perlawanan. Suatu hari nanti ia akan berlaku dan suatu hari nanti dia akan menjaringk­an gol, dan suatu hari nanti, tahap keyakinann­ya akan kembali normal.”

Walau bagaimanap­un, salah satu sebab kenapa Lukaku masih berada dalam pasukan itu ialah Mourinho tidak ada banyak pilihan di b a r i s a n hadapan. “D a - patkah s a y a m e - letakkan ( Marcus) Rashford di sana? Jika begitu, saya tidak ada pemain sayap kerana pada waktu ini, kami berada dalam situasi yang sukar,” kata Mourinho.

Penyokong MU pasti berharap untuk melihat versi Lukaku yang bermain dengan begitu menakjubka­n bagi pasukan Everton yang biasanya sederhana selama tiga tahun dia berada di Goodison, sebelum dia menamatkan kariernya di sana dengan rekod 53 gol liga dalam 104 perla

wanan.

Ramai pemerhati menyatakan Lukaku kini jauh lebih besar dari segi fizikal berbanding ketika dia bermain di Merseyside, dipercayai hasil daripada waktu yang dia luangkan di gim dengan memberi tumpuan kepada usaha menambah otot.

Beberapa pengulas mendakwa badannya yang besar dan berat telah menumpulka­n ketajamann­ya di dalam dan di sekitar kawasan penalti tetatpi Lukaku sendiri mempunyai penjelasan yang berbeza bagi penurunan dalam produktivi­tinya.

“Saya sudah bermain bersama Belgium selama 10 tahun, sejak saya berusia 16 tahun. Pemain jauh lebih mengenali saya,” kata Lukaku pada minggu ini.

“Di sini, saya masih rasa kerja berpasukan di antara diri saya dengan rakan sepasukan dapat diperbaiki lagi supaya ia jauh lebih baik. Ia adalah sesuatu yang kami sedang usahakan.

“Pemain perlu mengenali saya dan tahu pergerakan saya. Apabila ia

mula men- jadi, saya rasa kejayaan yang saya kecapi bersama Belgium juga akan datang ke sini.”

Dakwaan Lukaku bahawa dia masih berusaha untuk menyepaduk­an diri dalam barisan kesebelasa­n utama MU, 15 bulan selepas dia tiba di Old Trafford, kelihatan mencurigak­an.

Bagaimanap­un, tanpa pemain nombor sembilan tradisiona­l lain yang diiktiraf sekarang dalam skuad Mourinho, pengurus MU itu hanya dapat berharap dia menemui semula prestasiny­a dengan cepat.

Kekurangan pilihan bagi Mourinho untuk posisi penyerang tengah, jika dia mahu bermain dengan formasi 4-23-1 atau 4-3-3 yang dia lebih sukai, masih ketara walaupun berbelanja besar ke atas skuadnya selama lebih dua tahun dia menggalas tugas.

Rashford atau Anthony Martial merupakan kemungkina­n, sama seperti pemain Chile yang turun prestasi, Alexis Sanchez, tetapi bekas penyerang Arsenal itu dijangka tidak akan bermain pada malam ini kerana kecederaan pangkal paha. — AFP

 ??  ?? LUKAKU
LUKAKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia