Utusan Borneo (Sarawak)

Emery seru pemainnya terus pamer aksi cemerlang untuk raih kemenangan ke-12

-

LONDON: Unai Emery telah merayu kepada bintangnya dalam kelab Arsenal untuk memulakan perlawanan dengan aksi yang lebih segera menjelang kunjungan mereka ke Crystal Palace dengan memburu kemenangan ke-12 berturut-turut pada malam ini (Ahad).

Pasukan Emery mencatatka­n kemenangan mereka yang ke-11 berturut-turut pada Khamis lepas apabila jaringan lewat Danny Welbeck memastikan kemenangan 1-0 di Sporting Lisbon dalam Liga Europa.

Pencapaian cemerlang Arsenal setakat ini merupakan prestasi terbaik mereka dalam tempoh 11 tahun tatkala mereka mengejar rekod kelab bagi 14 kemenangan berturut- turut dalam semua pertanding­an.

Namun untuk menyamai rekod itu, yang dicipta oleh pasukan George menurut Emery.

Beberapa kali pada musim ini, Arsenal bermain dengan susah payah pada separuh masa pertama sebelum mereka mempamerka­n permainan yang dominan selepas waktu rehat.

“Setiap perlawanan adalah peluang yang sangat besar utuk memperbaik­i keadaan dan satu keadaan adalah ini,” kata Emery ketika ditanya tentag permulaan perlawanan yang terlalu perlahan.

“Kami bercakap dalam bilik persalinan sebelum permulaan perlawanan pada hari ini tentang objektif kami. Dan satu objektif ialah ini.

“Namun perkara paling penting ialah ketika kami berada dalam bilik persalinan pada waktu rehat, kami berbincang.

“Kami perlu terus mencari penyelesai­an supaya kami boleh bermain dengan lebih baik dalam separuh masa pertama.” Prestasi Arse

nal yang meyakinkan s e k a r a n g b a n y a k m e n c e r - itakan tentang revolusi senyap yang diselia oleh Emery di Stadium E m i r a t e s e k o r a n penamatkan penguasaan Arsene Wenger selama 22 tahun.

Perhatian bekas pengurus Paris Saint Germain (PSG) itu kepada butiran terperinci dan keengganan­nya untuk tunduk kepada sikap ‘sesuka hati’ pemain bintang seperti Mesut Ozil telah menawa hati skuad yang menjadi basi pada tahuntahun terakhir era Wenger yang menyedihka­n.

Walaupun ia terlalu awal untuk melabel Arsenal sebagai pencabar kejuaraan, mereka sudah menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) - hanya dua mata sahaja di belakang pendahulu Manchester City - dan sekurang-kurangnya kelihatan berupaya untuk menamatkan m u s i m

dalam kelompok empat teratas.

Melayakkan diri untuk Liga Juara- Juara adalah musim pertama yang berjaya bagi Emery, dan mencipta sedikit sejarah dalam usaha itu akan menambah kilauan kepada kempen sulungnya.

Untuk membolehka­n Arsenal mencipta rekod kelab baharu bagi kemenangan berturut-turut, mereka mesti menewaskan Palace, kemudian mengalahka­n Blackpool dalam Piala Liga, Liverpool dalam EPL dan Sporting dalam perlawanan ulangan mereka di Eropah.

Arsenal, yang tewas dalam hanya satu sahaja daripada 17 pertemuan terakhir mereka dengan Palace, telah menerima nafas baharu sejak mereka memulakan musim dengan kekalahan dalam dua perlawanan kepada Manchester City dan Chelsea.

Pengurus Palace, Roy Hodgson, berkata Emery wajar menerima pujian kerana mengeluark­an Arsenal daripada kemelut mereka dengan begitu cepat.

“Emery sudah mengembali­kan tenaga dan kualiti permainan yang turut dimiliki Arsene selama bertahun-tahun. Sudah tentu sekali ketika dia menggegark­an liga dengan mempamerka­n stail bola sepak itu,” kata Hodgson, yang menyaksika­n pasukannya tewas dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

“Dia telah bermula dengan amat baik sekali. Saya tahu banyak perkara tentangnya dan kariernya, kerana saya mengikuti kerjanya, khususnya di Sevilla dan PSG, dan saya tahu dia adalah seorang jurulatih yang baik, dan dia mem- buktikanny­a.

“Sebelas perlawanan berturut- turut a d a l a h satu rekod yang m e - n a k j u b - kan: kami p e r l u mencuba dan berusaha sebaik mungkin agar mereka tidak menjadikan­nya 12, kerana kami juga memerlukan mata.” — AFP

 ??  ?? WELBECK
WELBECK
 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Messi menyaksika­n perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan B di antara Barcelona dan Inter Milan di Stadium Camp Nou, baru-baru ini.
— Gambar AFP CEDERA: Messi menyaksika­n perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan B di antara Barcelona dan Inter Milan di Stadium Camp Nou, baru-baru ini.
 ??  ?? EMERY
EMERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia