Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Kejuaraan: QPR menang tipis 1-0 ke atas Aston Villa di laman sendiri

-

LONDON: Pawel Wszolek menjaringk­an gol tunggal perlawanan untuk meneruskan kenaikan Queens Park Rangers (QPR) dalam liga Kejuaraan, iaitu divisyen kedua dalam sukan bola sepak Inggeris, dengan kemenangan 1-0 di stadium sendiri ke atas Aston Villa kelmarin.

Villa tidak bernasib baik untuk melihat cubaan Jack Grelish terkena tiang gol manakala QPR, kelab barat London, sepatutnya diberi tendangan penalti sebelum Wszolek menjaringk­an gol kira-kira tujuh minit sebelum waktu rehat.

Pemain sayap Poland itu menyambut bola tinggi hantaran Geoff Cameron selepas dia menemui ruang di antara dua pemain pertahanan Villa dan kemudian melakukan rembatan ken- cang yang masuk selepas ia melantun dari palang gol sebelum ia melintasi garisan gol.

Gol itu menjamin kemenangan ketiga berturuttu­rut untuk QPR, selain kemenangan keempat tanpa dibolosi sebarang jaringan dalam siri lima perlawanan tanpa kalah.

Ia juga membawa mereka ke tempat ketujuh dalam carta liga sebelum pusingan terbaharu perlawanan liga Kejuaraan semalam.

Sejak mereka tewas dalam empat perlawanan liga per- tama mereka di bawah bekas pengurus England Steve McClaren - satu urutan termasuk kekalahan besar 7-1 di West Brom - QPR hanya tewas dalam dua daripada 11 perlawanan mereka seterusnya.

Hanya dua sahaja pasukan teratas pada hujung musim biasa dijamin kenaikan ke Liga Perdana Inggeris yang lumayan, manakala empat pasukan seterusnya mengambil bahagian dalam siri perlawanan ‘play-off’ untuk menentukan kelab yang akan memenangi tempat kenaikan ketiga dan terakhir. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia