Utusan Borneo (Sarawak)

SK Merbau juara Piala Cabaran Armin 2018

-

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau muncul juara Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Jemputan Bawah 12 Tahun Piala Cabaran Armin 2018 semalam.

Selaku juara, SK Merbau membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala pusingan dan medal sementara SK Kuala Baram 2 muncul naib juara menerima RM300 dan piala iringan.

Pasukan tuan rumah, SK Anchi sekadar menduduki tempat ketiga bersama satu lagi pasukan iaitu SK Temenggung Datuk Muip.

Selain itu, anugerah pemain terbaik dan penjaga gol terbaik dimiliki oleh pemain SK Merbau iaitu Arif Afdzal Iman dan Kristian Ngau Jau.

Sementara itu, penjaring terbanyak Basilius Lian Nawan dari SK Temenggung Muip manakala pasukan Armin B12 dianugerah­kan pasukan ‘Fair Play’.

Pertanding­an itu anjuran bersama Armin Motosport, Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA) dan Pejabat Pendidikan Daerah Miri.

Antara pasukan turut serta ialah SK Temenggung Muip, SK Anchi, SK Merbau, SK Kuala Baram 2 dan SK Agama.

Pasukan lain termasuk SK Lutong, Armin Bawah 10 tahun, Armin Bawah 12 tahun dan SKKS 4.

Pertanding­an itu bertujuan mengasah bakat dan melahirkan pemain-pemain bola sepak berkemahir­an bawah 12 tahun.

Ia sekali gus merancakka­n pembanguna­n bola sepak khasnya di sekolah-sekolah rendah sekitar Miri.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Presiden Miri FA, Mohd Saif Jubaidi serta wakil Armin Motosport dan Pejabat Pendidikan Daerah Miri.

 ??  ?? TAHNIAH: Abdul Aziz (enam kiri) bersama pemenang Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Jemputan Bawah 12 Tahun Piala Cabaran Armin 2018 di Miri semalam.
TAHNIAH: Abdul Aziz (enam kiri) bersama pemenang Pertanding­an Bola Sepak 9 Sebelah Jemputan Bawah 12 Tahun Piala Cabaran Armin 2018 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia