Utusan Borneo (Sarawak)

AXIS FC menjuarai K-League LSC 2018

-

KUCHING: AXIS FC mengesahka­n kejuaraan K-League LSC 2018 yang melabuhkan tirai semalam.

Skuad itu mengumpul 27 mata selepas mengharung­i 10 perlawanan yang diadakan secara timbal balik bermula 11 Ogos lalu.

Pada perlawanan terakhir di Padang D, Petra Jaya semalam, AXIS FC mencatat kemenangan dengan selesa 4-1 menewaskan SSN Sarawak.

Pengurus AXIS FC, Mohd Nidzar Mohd Azami mengucapka­n tahniah dan syabas kepada semua pemain kerana mereka telah menunjukka­n prestasi yang cukup mantap sepanjang mengharung­i saingan liga.

“Kredit juga saya tujukan kepada barisan jurulatih diketuai Ideris Untong yang bersusah payah membimbing semua pemain selama ini.

“Tidak lupa kepada pengurusan AXIS FC yang begitu ‘supportive’ kepada kita sepanjang liga berlangsun­g,” katanya ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd Nidzar, skuad itu kini membuat persiapan rapi untuk menghadapi saingan berprestij, Piala Datuk Patinggi Abang Haji Johari 2018 yang dijadualka­n bermula pada awal bulan depan.

Katanya, latihan intensif untuk menghadapi kejohanan tersebut bermula sebaik sahaja mereka kembali berehat selepas saingan liga.

“Saingan Piala Datuk Patinggi Abang Haji Johari 2018 pastinya lebih sengit kerana pasukan-pasukan lain juga sudah tentu membuat persiapan rapi.

“Piala tersebut menjadi idaman semua pasukan yang bertanding termasuk AXIS FC, justeru kita akan memperting­kat mutu dan kualiti permainan dalam usaha memburu gelaran berganda,” katanya.

Sementara itu, KSK Satok menduduki tempat kedua mengumpul 24 mata selepas menumpaska­n Enraz FC dengan 3-0 pada perlawanan di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini semalam.

Tempat ketiga milik Enraz FC setelah mengumpul 11 mata diikuti Rzurf Excellent juga dengan 11 mata.

SSN Sarawak di tempat kelima dengan sembilan mata manakala UiTM Sarawak FC menduduki tempat keenam dengan enam mata.

 ??  ?? RAI KEMENANGAN: Pemain-pemain, jurulatih dan pegawai AXIS FC meraikan kejayaan mereka selepas dinobatkan juara K-League LSC 2018 di Kuching semalam.
RAI KEMENANGAN: Pemain-pemain, jurulatih dan pegawai AXIS FC meraikan kejayaan mereka selepas dinobatkan juara K-League LSC 2018 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia