Utusan Borneo (Sarawak)

Tanamkan semangat kesukanan tinggi

-

KUCHING: Tanamkan semangat kesukanan tinggi dan harmoni dan jangan menyerah kalah sebelum berusaha, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Liga Futsal SABERKAS Cawangan Batu Kitang 2018 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

“Saya berharap agar kejohanan ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecerdasan semata-mata malah dapat melahirkan warga masyarakat yang bertanggun­gjawab, dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek” katanya berucap pada majlis itu di sini semalam.

Beliau berkata, pepatah menyatakan ‘ akal cerdas, datangnya dari badan sihat’ dan tanpa kesihatan yang baik manusia tidak dapat berfikir dengan waras dan bercelaru pemikirann­ya.

Justeru, menyebabka­n mereka mengambil keputu- san tidak matang dan akhirnya membinasak­an diri mereka sendiri dengan melakukan gejala tidak sihat dan melakukan jenayah berterusan.

Kejohanan itu memberi peluang kepada semua ahli SABERKAS mengenali antara satu sama lain serta mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal dan boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak 14 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan futsal dari sekitar DUN Batu Kitang.

Hadir sama Setiausaha SABERKAS Batu Kitang, Shamsudin Unai.

 ??  ?? RASMI: Lo (baris kedua tengah) bersama pemain-pemain kejohanan Liga Futsal SABERKAS Batu Kitang 2018 di Sentosa Sport Centre, Kuching semalam.
RASMI: Lo (baris kedua tengah) bersama pemain-pemain kejohanan Liga Futsal SABERKAS Batu Kitang 2018 di Sentosa Sport Centre, Kuching semalam.
 ??  ?? TELITI: Peserta mendengar penjelasan daripada fasilitato­r pada seminar pengadil WTF.
TELITI: Peserta mendengar penjelasan daripada fasilitato­r pada seminar pengadil WTF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia