Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang awam terbunuh setiap tiga jam di Yaman: Oxfam

-

DUBAI: Seorang orang awam telah terkorban dalam setiap tiga jam di Yaman, menurut Oxfam kelmarin, menyeru kepada Amerika Syarikat, Britain dan negara Eropah lain agar menghentik­an penjualan senjata kepada Arab Saudi.

“Seorang orang awam terkorban dalam setiap tiga jam ketika pertempura­n di Yaman sejak awal Ogos, dengan ramai orang yang terkorban akibat penyakit dan kelaparan,” menurut Oxfam dalam satu kenyataan.

Memetik kepada data yang dikumpulka­n oleh Civilian Impact Monitoring Project, dikaitkan dengan kumpulan kecil perlindung­an global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kumpulan bantuan itu menyatakan 575 orang awam telah terkorban di antara 1 Ogos dan 15 Oktober, termasuk 136 kanak-kanak.

“Oxfam telah menyeru kepada UK, AS dan kerajaan lain agar menghentik­an penjualan senjata kepada pihak Arab kerana sikap mereka yang tidak memikirkan nyawa orang awam dalam peperangan di Yaman,” menurut kenyataan Oxfam.

Arab Saudi mengetuai satu pakatan ketenteraa­n prokerajaa­n yang telah menentang pemberonta­k Huthi disokong oleh Iran di Yaman sejak 2015, mendesak negara miskin itu ke ambang kebuluran.

PBB mengkatego­rikan Yaman sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia, memberikan amaran pada Selasa lepas bahawa 14 juta orang sekarang berdepan satu ancaman serius bagi kebuluran.

Berikutan dengan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, kolumnis Washington Post dan pengkritik Arab yang terbunuh di dalam konsulat Istanbul di negaranya pada bulan ini kumpulan hak asasi dan bantuan telah menggesa negara-negara Barat agar menghentik­an penjualan senjata kepada Arab Saudi.

Riyadh merupakan pembeli nombor satu bagi senjata dari Amerika Syarikat.

Pada minggu lepas Jerman menyatakan ia telah menghentik­an pengekspor­tan senjata ke Arab Saudi sementara menunggu “penjelasan” mengenai bagaimana Khashoggi meninggal dunia.

Perancis dan AS telah menolak untuk menghentik­an urus niaga senjata dengan Arab Saudi.

Paris menyatakan tiada senjatanya yang telah digunakan dalam peperangan di Yaman.

PBB menganggar­kan hampir 10,000 orang telah terbunuh di Yaman sejak 2015. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia