Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita tertua di Bolivia rai hari jadi ke-118

-

LA PAZ: Wanita tertua di Bolivia, dan mungkin di dunia, menyambut ulang tahun ke-118 kelmarin, masih lagi waras dan dalam kesihatan yang baik, menurut pihak berkuasa di negara Amerika Selatan.

Julia Flores telah dilahirkan pada 1900 dalam sebuah keluarga Quechua di wilayah perlombong­an Potosi di bahagian selatan negara.

Dikenali sebagai “Mama Julia,” Flores telah menyambut hari lahirnya bersama kaum keluarga, teman-teman dan pihak berkuasa tempatan dari Sacaba, di mana beliau sekarang menetap di tengah Bolivia.

Dalam sebuah negara di mana anggaran jangkaan hayat adalah 71, Flores merupakan satu pengecuali­an bagi peraturan tersebut.

Sekiranya usia beliau diiktiraf secara rasmi, beliau akan menjadi orang paling tua dan ketiga tertua selama ini, namun beliau masih belum disahkan oleh Buku Rekod Guinness.

“Ia adalah satu hari bagi pengiktira­fan untuk kami, bagi menyambut wanita tertua di negara kami,” Juan Carvajal, seorang pekerja awam di Sacaba memberitah­u akhbar Los Tiempos de Cochabamba.

Memakai pakaian tradisiona­l Quechua, lengkap dengan ‘ sombrero’ putih, Flores memainkan ‘ charango’ sejenis kecapi Andean ketika majlisnya dan mengisi perut dengan kek hari jadi.

Beliau tinggal di dalam sebuah rumah kecil dengan sebuah taman kecil di mana beliau memelihara anjing, kucing dan ayam yang dijaga oleh anak saudaranya berusia 65 tahun, Augustina Verna.

Penduduk Bolivia Andes adalah tidak asing lagi bagi hayat yang panjang apabila wilayah tersebut memiliki Carmelo Flores tiada sebarang hubungan dengan Mama Julia dari kalangan penduduk Aymara yang dikatakan hidup sehingga usia 123 tahun, di mana sekiranya diiktiraf akan membuatkan beliau menjadi orang yang paling tua pernah ada.

Orang yang tertua, seperti yang direkodkan oleh Guinness, adalah seorang wanita Perancis Jeanne Calment, yang berusia 122 tahun, 164 hari ketika beliau meninggal dunia pada 1997. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PANJANG UMUR: Julia Flores yang dikenali sebagai ‘Mama Julia’ meraikan hari jadinya yang ke-118 di Sacaba, daerah Cochabamba, Bolivia kelmarin.
— Gambar AFP PANJANG UMUR: Julia Flores yang dikenali sebagai ‘Mama Julia’ meraikan hari jadinya yang ke-118 di Sacaba, daerah Cochabamba, Bolivia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia