Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan hak asasi manusia dihalang masuki Nicaragua

-

MANAGUA: Beberapa orang yang berkempen untuk hak asasi manusia dari Center for Justice and Internatio­nal law ( CEJIL) menyatakan pihak berkuasa imigresen telah menghalang mereka dari memasuki Nicaragua kelmarin serta memaksa mereka akan pulang ke Costa Rica.

Satu delegasi seramai tiga orang dari organisasi tersebut telah tiba di lapangan terbang antarabang­sa Managua pada awal kelmarin namun telah disekat dari memasuki negara Amerika Tengah yang dilanda krisis, menurut CEJIL.

Kumpulan itu menyatakan ia mempunyai sepucuk surat rasmi bagi jemputan daripada Inter-American Commission for Human Rights (IACHR) untuk satu mesyuarat di Managua.

“Ini dengan jelas menunjukka­n komitmen kerajaan yang rendah terhadap hak asasi manusia dan demokrasi,” menurut CEJIL.

Nicaragua telah mengalami kekecohan sejak 18 April, dengan polis dan anggota separa tentera prokerajaa­n telah bertindak terhadap bantahan menentang perubahan keselamata­n sosial.

Tunjuk perasaan telah berkembang menjadi satu bantahan yang lebih meluas terhadap Presiden Daniel Ortega, seorang bekas gerila haluan kiri yang telah kekal memegang kuasa selama 11 tahun berturuttu­rut dan menolak permintaan agar meletakkan jawatan.

Kumpulan hak asasi menyatakan lebih dari 300 orang sekarang telah terkorban dalam kacau-bilau dan beratus-ratus orang telah ditahan dalam satu serangan.

“Kami mengulangi komitmen kami untuk terus bersama dengan para pejuang hak asasi manusia di Nicaragua. Tindakan sebegini tidak akan menggertak kami,” menurut CEJIL di dalam Twitter. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIDANG AKHBAR: Anggota Kumpulan Pakar Bebas Antara Disiplin (GIEI) dari IACHR untuk Nicaragua (kiri ke kanan) Amerigo Incalcater­ra, Sofia Macher, Claudia Paz y Paz dan Pablo Parenti menghadiri sidang akhbar di Managua kelmarin.
— Gambar AFP SIDANG AKHBAR: Anggota Kumpulan Pakar Bebas Antara Disiplin (GIEI) dari IACHR untuk Nicaragua (kiri ke kanan) Amerigo Incalcater­ra, Sofia Macher, Claudia Paz y Paz dan Pablo Parenti menghadiri sidang akhbar di Managua kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia