Utusan Borneo (Sarawak)

Jalankan penelitian bagaimana mata wang itu dinilaikan, turun naik nilainya: Hakim AS

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarka­n untuk meningkatk­an pelaburan dua hala dengan Australia sejajar usaha mempelbaga­ikan pelaburan serta bidang pertumbuha­n yang berpotensi.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI), Dr Ong Kian Ming berkata Australia merupakan rakan dagang ke- 12 terbesar Malaysia dengan lebih 3,800 syarikat Australia mengekspor­t ke negara ini.

Selain itu, sebanyak 300 syarikat Australia turut bertapak di Malaysia.

“Australia adalah destinasi eksport kesembilan terbesar kita dan merupakan yang ketujuh dari segi sumber import dengan keseluruha­n dagangan berjumlah RM52 bilion pada 2017.

“Ini merupakan peningkata­n sebanyak 24 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malah, saya amat yakin hubungan dagangan kita akan terus meningkat,” katanya pada acara Makan Malam Gala Tahunan Majlis Perniagaan MalaysiaAu­stralia di sini, malam kelmarin. — Bernama SHAH ALAM: Orang ramai dinasihatk­an supaya bersikap lebih berhati-hati dan membuat penelitian penuh apabila melabur dalam pelaburan mata wang kripto.

Hakim Daerah, Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Maryland, Paul Grimm berkata penting untuk orang ramai mengetahui bahawa mata wang tersebut tidak disokong oleh kepercayaa­n penuh dan kredit kerajaan.

Beliau berkata, orang ramai perlu berhati- hati menilai risiko berkaitan urus niaga mata wang digital tersebut.

“Sekiranya anda berhasrat menjadikan mata wang kripto sebagai pelaburan, anda seharusnya menjalanka­n penelitian terperinci mengenai bagaimana mata wang itu dinilaikan, turun naik nilainya dan bagaimana menguruska­n risiko berkaitan pelaburan berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demiki- an ketika mengulas mengenai kebimbanga­n ramai rakyat Malaysia mengenai pelaburan dalam mata wang digital memandangk­an ia tidak sah di sisi undang-undang atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Bank pusat telah menjelaska­n bahawa perniagaan mata wang digital tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan amalan pasaran berhemat, yang terpakai kepada institusi kewangan dan ia dikawal selia.

Grimm berkata semua pihak perlu memahami bagaimana nilai turun naik mata wang kripto, di mana pelabur harus membeli mata wang itu sekiranya nilainya meningkat untuk mendapatka­n pulangan yang baik, dan bukan sebaliknya.

“Mata wang kripto tidak disokong oleh sistem perbankan nasional dan tiada pengawal selia boleh mengekang atau menggalakk­annya dengan dasar pemantauan pengawalse- liaan yang akan menjejaska­nnya.

“Ia wujud dalam pasaran yang tertakluk kepada turun naik yang tidak dikawal oleh bank pusat secara profesiona­l,” katanya.

Grimm merupakan antara penceramah di forum bertajuk ‘ Cybersecur­ity in a Digital Era of Human Security’ anjuran Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara di sini, kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia