Utusan Borneo (Sarawak)

MFPC anjur bengkel celik kewangan untuk belia

-

KUALA LUMPUR: Majlis Perancanga­n Kewangan Malaysia ( MFPC) menganjurk­an Bengkel Celik Kewangan selama sehari semalam untuk membantu belia di negara ini mempunyai pengetahua­n kewangan asas serta mengubah sikap dan tingkah laku dalam pengurusan wang.

Dalam kenyataan kelmarin, MFPC berkata bengkel itu merupakan antara usaha untuk membantu generasi belia membuat keputusan kewangan yang lebih baik, memandangk­an data menunjukka­n bahawa di Malaysia, mereka kekurangan pengetahua­n pengurusan wang yang berhasil.

“Majlis ini amat memberi perhatian bahawa 70 peratus rakyat Malaysia berada di bawah paras celik kewangan boleh terima global. Selain kumpulan sasaran belia, program yang serupa turut dijalankan oleh majlis ini di kawasan Lembaga Pembanguna­n Tanah Persekutua­n dan agensi kerajaan.

“Tumpuan kewujudan MFPC adalah kerjasama yang membolehka­n kami merancang usaha masa depan untuk membiayai program ini,” menurutnya.

Majis itu gembira apabila program itu mendapat pengesahan daripada pengawal selia dan sokongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia serta Pentadbir Pencen Swasta Malaysia.

Presiden MFPC, Michael Kok Fook On berkata menyediaka­n pendidikan yang baik berkenaan kewangan dan pemahaman bagaimana menguruska­n kekayaan kepada golongan belia akan mendorong secara ketara kemampuan mereka ke arah gaya hidup mampan dan secara tidak langsung menyokong pembanguna­n jangka panjang Malaysia.

Kira- kira 450 peserta mempelajar­i asas dan strategi perancanga­n kewangan, pengetahua­n perancanga­n khusus dan meningkatk­an rasa ingin tahu dalam bengkel itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia