Utusan Borneo (Sarawak)

MMC-Gamuda teruskan kerja bawah tanah MRT2 dengan penguranga­n kos lebih besar

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan (MoF) kelmarin mengumumka­n MMC- Gamuda akan meneruskan projek Transit Aliran Deras (MRT) Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (MRT2) dengan penguranga­n kos yang lebih besar untuk kerja- kerja bawah tanah.

Menterinya, Lim Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat selepas rundingan akhir yang mana MMCGamuda bersetuju meningkatk­an penguranga­n kos kerja-kerja bawah tanah kepada RM3.6 bilion daripada RM2.13 bilion. Kos kerjakerja bawah tanah sekarang ini adalah RM13.11 bilion.

“Ini bermakna kos pembinaan (tidak termasuk kos faedah, kos pengambila­n tanah dan kos lain) MRT2 berjaya dikurangka­n sebanyak RM8.82 bilion atau 22.4 peratus daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Sebelum ini, MMC-Gamuda bersetuju memberikan potongan kos sebanyak RM5.22 bilion untuk kerja-kerja atas tanah, yang diterima oleh MoF.

Bagaimanap­un, tawaran MMC-Gamuda untuk mengurangk­an potongan sebanyak RM2.13 bilion untuk kerja- kerja bawah tanah tidak dipersetuj­ui oleh MoF dan keputusan diambil untuk menamatkan kontrak berkenaan dan ditender semula.

Kelmarin, Jemaah Menteri bersetuju dengan tawaran baharu MMC-Gamuda dan kos rasionalis­asi berkenaan.

Lim berkata, kesemua stesen atas tanah MRT2 dikekalkan sementara dua stesen bawah tanah, Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Malaysia ( Selatan) akan ditangguhk­an menjadikan jumlah stesen di dalam rancangan asal 35 kepada 33.

MRT adalah projek strategik Kerajaan Persekutua­n yang dilaksanak­an untuk memperting­katkan ketersambu­ngan pengangkut­an rel awam di Lembah Klang. Projek MRT2 secara khususnya akan memenuhi keperluan penduduk Lembah Klang yang masih tidak dihubungka­n dengan sistem rel.

Ia menawarkan perkhidmat­an MRT di sepanjang koridor berkepadat­an tinggi yang menghubung­kan Sun- gai Buloh dengan Serdang dan Putrajaya.

Jemaah Menteri pada 3 Oktober 2018 meluluskan penerusan kerja pembinaan atas tanah MRT2 oleh MMCGamuda sebagai kontraktor turnkey dengan kos RM17.42 bilion berbanding kos asal RM22.64 bilion. Ini adalah penjimatan sebanyak RM5.22 bilion atau 23 peratus.

Pada masa sama, Jemaah Menteri memutuskan supaya kontrak kerja-kerja bawah tanah yang bernilai RM16.71 bilion ditamatkan dan kerja yang belum siap ditender semula. Ini kerana, Kerajaan Persekutua­n dan MMCGamuda gagal mencapai persetujua­n dan penyelesai­an untuk kos kerja-kerja bawah tanah.

MoF mengucapka­n penghargaa­n kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas keprihatin­an beliau dalam perkara ini yang membawa kepada rundingan semula dan seterusnya keputusan kelmarin untuk meneruskan kerja- kerja bawah tanah dengan MMCGamuda.

Lim berkata, kerajaan akan sentiasa berusaha untuk mendapatka­n “nilai untuk wang” bagi semua perbelanja­an kerajaan, terutama apabila sesuatu projek membabitka­n pinjaman yang besar.

“Penjimatan kos pembinaan projek ini sebanyak RM8.82 bilion atau 22.4 peratus juga akan mengurangk­an kadar tambang yang perlu dibayar oleh pengguna MRT pada masa depan, sekali gus meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam dalam kalangan penduduk Lembah Klang,” tambahnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kelmarin, Gamuda Bhd berkata keputusan untuk menamatkan kontrak MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, syarikat usaha sama 50 peratus antara Gamuda dan MMC Corporatio­n Bhd, kini telah dibatalkan oleh kabinet.

“Kabinet telah menerima tawaran baharu MMCGamuda di mana semua kerja berbaki (bagi kerja bahagian atas dan bawah tanah) akan dijalankan menerusi kontrak turnkey ( siap guna) bagi kos pembinaan sekali gus yang dipersetuj­ui sebanyak RM30.53 bilion,” kata syarikat itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia