Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2019: FMM Melaka harap insentif mesin, jentera

-

MELAKA: Persekutua­n Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Melaka berharap kerajaan persekutua­n mempertimb­angkan pemberian insentif dalam Bajet 2019 untuk membantu pengilang membeli pelbagai jentera, mesin atau peralatan.

Pengerusi FMM Melaka Datuk Jeffery Ong Cheng Lock berkata insentif berkenaan amat penting bagi perusahaan kecil dan sederhana dalam memperting­kat produktivi­ti mereka menggunaka­n automasi selain mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

“Industri memerlukan sokongan khususnya bantuan modal atau insentif tertentu seperti sebelum ini yang pernah diberikan untuk pengilang membeli teknologi bagi kegu- naan industri.

“Kita di peringkat pengilang tidak boleh menghentik­an pengeluara­n disebabkan kekurangan tenaga buruh atau menolak tempahan yang diterima kerana ia boleh menjejaska­n pengoperas­ian bagi jangka panjang,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama FMM Melaka di sini, kelmarin.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian, Perdaganga­n dan Pelaburan negeri, Mohd Rafiq Naizamohid­een.

Mengulas lanjut, Ong berkata beberapa masalah turut dihadapi pengilang di Melaka termasuk kurang minat dalam kalangan penduduk tempatan untuk bekerja dalam sektor industri dan ia secara tidak langsung mempengaru­hi produktivi­ti.

“Kita di peringkat majikan menyediaka­n pelbagai insentif bagi menarik penglibata­n rakyat tempatan menceburi sektor industri di negeri ini namun kebanyakan­nya tidak bekerja dalam jangka panjang mungkin disebabkan persekitar­an tempat kerja yang bising dan panas,” katanya.

Beliau berkata kos untuk mendapatka­n dan menggaji pekerja asing sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding menggaji pekerja tempatan.

Sebanyak 121 syarikat atau pengilang berdaftar di bawah FMM Melaka sehingga kini, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia