Utusan Borneo (Sarawak)

Firma Taiwan berhasrat tembusi pasaran halal Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat makanan dan minuman Taiwan King Car Group, berhasrat untuk menembusi pasaran halal Malaysia, didorong oleh potensi luas yang ditawarkan pasaran halal tempatan.

Pakar Jabatan Eksportnya, Fiona Lin berkata syarikatny­a yang mengeluark­an rangkaian minuman kopi dalam tin berjenama Mr Brown, telah mengadakan perbincang­an dengan beberapa syarikat pengedar di negara ini untuk memasarkan produk itu di Malaysia secepat mungkin.

“Kami datang untuk mendapatka­n pengedar dan setakat ini terdapat kira-kira lima pengedar menunjukka­n minat. Saya berharap rakan kerjasama kami akan membantu kami memasuki pasaran Malaysia.

“Kami telah menembusi pasaran Amerika Syarikat, Republik Czech dan Eropah. Di Asia Tenggara pula kami telah berada di pasaran halal Brunei dan kami berharap dapat me- manfaatkan pengalaman itu untuk memperluas­kan produk kami di sini,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di Ekspo Halal Taiwan.

Ekspo Halal Taiwan, mengetenga­hkan produkprod­uk pertanian, makanan, kesihatan dan kecantikan, diadakan bersempena Taiwan Expo 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama tiga hari berakhir semalam.

Lin berkata selain bahan mentah berkualiti, kopi dalam tin Mr Brown juga melalui proses pengeluara­n berkelajua­n tertinggi di Taiwan dengan penghasila­n 1,500 tin kopi seminit.

Sementara itu, Presiden Biosol Tech Corp Limited, Adam Lin berkata pihaknya berhasrat untuk bekerjasam­a dengan syarikat tempatan bagi memasarkan produk kecantikan keluaran mereka secara kontrak pengilanga­n dan pengeluar rekaan tulen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia