Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu mempunyai dasar yang jelas mengapa GLC ditubuhkan: IDEAS

-

KUALA LUMPUR: Ketelusan dan kebertangg­ungjawaban yang lebih tinggi amat diperlukan dalam usaha pembaharua­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Felow Kanan, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Prof Dr Edmund Terence Gomez semalam.

Beliau mempersoal­kan mengapa pembaharua­n GLC masih belum dimulakan di samping membangkit­kan ketiadaan langkah penyusunan semula GLC antara kementeria­n.

“Kita kini dalam tempoh enam bulan di bawah pentabiran (kerajaan baharu). Saya berpendapa­t sejak wujudnya GLC, ia adalah satu masalah besar dalam ekonomi. GLC merupakan perkara pertama yang perlu ditumpukan menerusi pendekatan memperkena­lkan pembaharua­n.

“Mengapa mereka tidak memperkena­lkan pembaharua­n setelah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyifatka­n GLC sebagai ‘monster’,” katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Belia 2018 di sini, semalam.

Pada April tahun ini, Dr Mahathir berkata GLC telah berkembang menjadi ‘monster’ dan tidak memenuhi matlamat asal yang dihasratka­n, iaitu mengurangk­an jurang ketaksamaa­n antara golongan kaya dan miskin.

Beliau juga berkata, GLC ditubuhkan untuk memastikan dana kekal berada dengan mereka selain memegang saham bagi orang Melayu, namun tanpa penyeliaan yang sepatutnya, ia kini menjadi ‘monster’.

Menurut Edmund, kerajaan perlu mempunyai dasar yang jelas mengapa GLC ditubuhkan.

“Bagi saya, banyak yang ditubuhkan untuk mengamalka­n kuasa naungan dan politik naungan.

“GLC telah menjadi proses penting di mana anda boleh menyalurka­n konsesi dan pemeroleha­n yang secara jelasnya memerlukan ketelusan,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan penyusunan semula GLC antara kementeria­n seperti Kementeria­n Kewangan (MoF) dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

“Mengapa syarikat di bawah MoF perlu dipindahka­n kepada Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi? Mengapa perlunya beberapa GLC di bawah MoF diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dari sudut ini, saya bercakap secara khusus mengenai Khazanah. Mengapa rombakan ini berlaku?

“Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang telah dipindahka­n dan ke mana. Mengapa mereka berahsia mengenai perubahan GLC antara kementeria­n dan siapa yang memutuskan GLC mana dipindahka­n ke kementeria­n mana? Adakah menteri tahu GLC mana yang diletakkan di bawah portfolio mereka?

“Semua ini adalah soalan penting,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AGENDA: Zeti (dua kiri) menyampaik­an ucapan dalam agenda ekonomi pada Forum Ekonomi Belia 2018 di Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AGENDA: Zeti (dua kiri) menyampaik­an ucapan dalam agenda ekonomi pada Forum Ekonomi Belia 2018 di Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia