Utusan Borneo (Sarawak)

309 PROJEK BERNILAI RM5.7 BILION BAKAL DILAKSANA

-

BINTULU:

Kerajaan Sarawak telah meluluskan 309 projek pembinaan prasasana dan infrastruk­tur bernilai RM5.7 bilion yang akan dilaksanak­an dalam masa terdekat ini, umum Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, projek itu merangkumi projek pembinaan jambatan, jalan, kemudahan awam termasuk penyediaan air terawat dan bekalan elektrik.

Beliau berkata bagi projek pembinaan jalan, sebanyak 36 projek pembinaan jalan yang menelan kos sekitar RM1.542 bilion telah diluluskan manakala bagi pembinaan jambatan pula merangkumi pembinaan 16 jambatan dengan anggaran nilai RM2.195 bilion.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an dan Pemantauan Pelaksanaa­n ‘Walkabout Projects’ Ke3 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

“Pelaksanaa­n projek akan bermula dalam tempoh dua tahun ini, tender bagi melaksanak­annya akan dibuka bermula suku pertama tahun depan,” ujarnya.

Di Bintulu katanya, projek yang sudah diluluskan setakat ini merangkumi pembinaan Jalan Baharu Tatau-Kuala Tatau sepanjang 70 kilometer yang menelan kos RM200 juta serta projek menaik taraf Jalan Kelebu ke Rumah Ado Tatau yang bernilai RM25 juta.

Beliau menambah, bagi projek pembinaan jambatan, pembinaan Jambatan Batang Kemena yang bernilai RM2.195 juta akan dimulakan dalam masa terdekat dengan semua kos pembinaan ditanggung sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Pelaksanaa­n projek ini jelasnya, membuktika­n Kerajaan Sarawak benar-benar komited memperbaik­i prasasana serta infrastruk­tur khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Terdahulu, Abang Johari turut merasmikan penutupan Simposium Budaya Iban Ke-7 di Dinner World Bintulu yang dihadiri sekitar 1,000 masyarakat Iban di bahagian ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia