Utusan Borneo (Sarawak)

10 inisiatif digaris untuk dilaksana JKMS menerusi Inisiatif Pembanguna­n Ekonomi

-

MIRI: Sejumlah 10 inisiatif telah digariskan untuk dilaksanak­an Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menerusi Inisiatif Pembanguna­n Ekonomi bagi membantu Usahawan Mikro Kebajikan (UMK).

Pemangku Pengarah JKMS Joni Nuruddin berkata Program Pembanguna­n Ekonomi JKMS telah mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak hingga diangkat menjadi /Key Focus Activities/ (KFA) negeri dari 2017 hingga 2030.

“Inisiatif ini adalah sebagai usaha menggalakk­an penglibata­n lebih ramai para penerima bantuan yang masih produktif terlibat dalam projek yang dapat menjana pendapatan,” katanya pada Karnival Wellbest 2018 anjuran JKMS di Miri semalam.

Antaranya ialah latihan pembanguna­n kompetensi pembimbing, program pembanguna­n minda dan motivasi bisnes, program bimbingan UMK, kursus asas bisnes dan simpan kira.

Di samping itu, kursus pemasaran, kursus online marketing, kursus kemahiran perusahaan, jualan promosi, pembanguna­n pasaran dan pemasaran dalam dan luar Sarawak serta Pergerakan Koperasi UMK Bersatu Berhad.

“JKMS berharap lebih ramai penerima bantuan yang masih produktif terlibat menceburi bidang perniagaan mengikut minat dan kepakaran masing-masing.

“Kenyataan telah terbukti bahawa UMK yang dilahirkan oleh JKMS juga mampu bersaing dengan usahawanus­ahawan lain di luar sana,” katanya.

Mengulas mengenai Karnival Wellbest 2018, seramai 150 orang UMK dari seluruh Sarawak telah turut serta dalam karnival kali ini dengan menyasarka­n jumlah jualan sebanyak RM600,000.

Mereka menjalanka­n pelbagai jenis projek seperti menjual makanan dan minuman, pemprosesa­n makanan kering, kek dan biskut, perkhidmat­an spa, andaman, gunting rambut, projek jahitan, kraf tangan, projek berasaskan pertanian dan lain-lain.

“Kita yakin dan percaya kuasa beli yang lebih luas ada di sini dengan adanya pengunjung dari negara jiran Brunei Darussalam serta dari Sabah,” katanya.

Karnival yang berlangsun­g selama empat hari itu merupakan platform bagi mempromosi dan menjual produk UMK, membuka jaringan pasaran lebih luas dan menggalak serta meningkatk­an mutu produk keluaran UMK.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah Wellbest Got Talent, pertanding­an karaoke, bermukun, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, zumba kid dan persembaha­n artis.

Insentif juga diberikan kepada UMK melalui Anugerah UMK Contoh, Anugerah UMK Berpotensi, Jualan Tertinggi, Promoter Terbaik, Pembimbing Terbaik dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia