Utusan Borneo (Sarawak)

Ia untuk golongan kurang berkemampu­an yang benar-benar perlu dibantu di Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Kerajaan Sarawak meneruskan pelaksanaa­n program baik pulih dan bina baharu rumah kepada golongan kurang berkemampu­an yang benar-benar perlu dibantu di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata untuk daerah Lawas sebanyak RM1 juta akan dibelanjak­an tahun ini untuk program baik pulih dan bina baharu.

Katanya bantuan itu adalah komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan golongan kurang berkemampu­an terus dibantu.

“Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak ( GPS) memberi jaminan untuk meneruskan proram baik pulih dan bina baharu rumah bagi meringanka­n beban golongn memerlukan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Kerajaan Sarawak Minor Rural Project (MRP) dan Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Kampung Tanjung Trusan, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Bukit Sari Lawas yang juga Pengerusi PPRMS Bukit Sari Lawas Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, satu jawatankua­sa telah ditubuhkan iaitu PPRMS Pusat Khidmat Bukit Sari yang dipengerus­ikan Awangku Jinal melibatkan ketua masyarakat dan Pejabat Daerah dalam memberi keutamaan kepada golongan memerlukan.

Katanya, RM15,000 diperuntuk­kan untuk setiap program baik pulih rumah melalui konsep gotongroyo­ng.

Jelas beliau lagi, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyediaka­n dana khas untuk meneruskan programpro­gram pembanguna­n luar bandar di bawah MRT dan Program Tranformas­i Luar Bandar ( RTP) di bawah kepimpinan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan).

“Manakala sebagai wakil rakyat dan kerajaan, kami akan bekerja keras untuk memastikan masyarakat luar bandar di negeri ini menerima segala kemudahan asas yang diperlukan untuk hidup sejahtera,”ujarnya.

Katanya kerajaan GPS menyediaka­n juga peruntukan kepada Ahli Parlimenny­a sebagaiman­a turut disalurkan kepada ADUN yang lain sebelum ini.

Terdahulu Awangku Jinal berkata, rakyat di peringkat akar umbi perlu lebih peka dalam menentukan pemimpin yang benar menyelami kehendak dan keperluan rakyat di daerah ini.

“Rakyat perlu tahu hala tuju mereka untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang tahu hati budi rakyat, bukannya pemimpin yang hanya muncul semasa pilihan raya,” ujarnya.

Selain itu katanya, rakyat perlu mengelak daripada mudah terpengaru­h dengan media sosial.

Seramai 60 penerima membabitka­n sembilan zon di daerah Lawas terpilih menerima bantuan itu.

 ??  ?? BANTU RAKYAT: Awang Tengah (tiga kiri), Awangku Jinal, Ladin (enam kiri), Henry menggaul pasir dan simen sebagai simbolik perasmian program itu semalam.
BANTU RAKYAT: Awang Tengah (tiga kiri), Awangku Jinal, Ladin (enam kiri), Henry menggaul pasir dan simen sebagai simbolik perasmian program itu semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Ernest (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Dr Julian.
TAHNIAH: Ernest (kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan Dr Julian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia