Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual

-

KEPALA BATAS: Kementeria­n Pendidikan tidak akan sesekali berkomprom­i dengan mana-mana warga pendidik jika mereka disabitkan dengan kes salah laku seksual, kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching.

Katanya, jika terdapat warga pendidik yang disabitkan dengan kesalahan tersebut, maka kementeria­n tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas guru terlibat selepas kes itu diputuskan mahkamah.

“Kita hendak tegaskan di sini bahawa kementeria­n tidak akan sesekali berkomprom­i ke atas kes-kes jenayah seksual yang melibatkan warga pendidik kerana kita memandang serius perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek sekolah baharu di Bandar Putra Bertam, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan seorang pengetua sebuah sekolah di sini yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meliwat murid tahun lima dan pelajar tingkatan satu.

Katanya pada masa ini, guru terbabit akan ditempatka­n di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehinggala­h siasatan polis selesai.

“Bagi (pihak) kementeria­n, apa yang kita buat sekarang adalah kita (akan) tempatkan pengetua itu di PPD di mana dia takkan ada sebarang hubungan dengan pelajarnya dan tidak dibenarkan masuk ke sekolah sehingga siasatan selesai, dan selepas itu barulah KPM boleh ambil tindakan lanjut dari segi (tindakan) disiplin dan sebagainya,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan agar tindakan sewajarnya dapat diambil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia