Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM dicadang tubuh jabatan khas berkaitan jenayah alam sekitar

-

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia ( PDRM) disaran menubuhkan jabatan khas untuk membantera­s jenayah berkaitan alam sekitar, khususnya membabitka­n kecurian dan kemusnahan alam di seluruh negara.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun ada antara kesalahan dilakukan terletak di bawah bidang kuasa agensi lain, namun peranan polis mampu membantu mengekang aktiviti jenayah berkenaan yang semakin menjadi-jadi.

“Penglibata­n aktif dan agresif pihak polis dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkua­saan lain mampu membantu kerajaan menangani isu berkaitan pada masa akan datang termasuk membantera­s sindiket yang terlibat dalam pemburuan haram, kecurian balak dan kayu gaharu serta penerokaan tanah haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Lee berkata aspek pen- guatkuasaa­n bersama polis dan agensi berkaitan juga akan dapat membantu mengatasi pembanguna­n tidak terkawal di kawasan cerun yang menjadi penyebab utama kejadian tanah runtuh yang sering dilaporkan sejak kebelakang­an ini.

Menurut kajian Universiti Teknologi Malaysia, terda- pat 21,000 ‘ hotspots’ atau kawasan yang mudah berlaku tanah runtuh di seluruh negara dan 16,000 daripada jumlah itu berada di Semenanjun­g Malaysia.

“Selain aktiviti pembanguna­n, penerokaan tanah tidak terkawal juga menjadi antara punca beberapa kejadian tanah runtuh yang turut mengakibat­kan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata langkah pencegahan jenayah alam sekitar oleh pihak polis juga adalah selaras dengan tindakan tegas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani jenayah alam sekitar yang turut dikaitkan dengan isu integriti dan amalan rasuah yang berleluasa.

“Dilaporkan, jenayah alam sekitar ini menjadi lebih buruk dengan pembabitan agensi yang sepatutnya dipertangg­ungjawabka­n memelihara kesejahter­aan alam sekitar namun bertindak sebagai tali barut demi kepentinga­n wang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia