Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan runtuh sebahagian daripada projek jalan dari sempadan RAPID

-

JOHOR BAHRU: Jambatan runtuh mengorbank­an seorang pekerja warga Bangladesh di Kota Tinggi, semalam, adalah sebahagian projek membina jalan raya dari sempadan tapak Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia ( RAPID) Petronas ke sebuah jalan persekutua­n.

Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang, Bukhari Abd Rahman berkata projek bermula sejak 1 Ogos 2016 dan dijangka siap pada Februari depan itu, di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kompleks Petroleum Berse- padu Pengerang (PIPC).

Beliau berkata berikutan kejadian itu berlaku dalam kawasan Pengerang, pihaknya bersedia bekerjasam­a dengan semua pihak berkaitan untuk mendapatka­n maklum balas tepat mengenai insiden berkenaan.

“Saya berharap orang ra- mai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebut tanpa sebarang usul periksa sepanjang siasatan dijalankan. Maklum balas rasmi berhubung kejadian tersebut akan dikemas kini dan dikeluarka­n pihak JKR dan bomba,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam itu, menyebabka­n seorang lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun yang sedang membina jambatan berkenaan maut.

Insiden berlaku ketika mangsa melakukan kerja-kerja pembinaan bersama rakan lain, bagaimanap­un, hanya dia seorang yang jatuh bersama jambatan itu manakala rakannya lain tidak terjejas.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd Sobberi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menghantar lapan anggota ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada 9.44 pagi.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluark­an mangsa dari tempat runtuhan dan mayat lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia