Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Perak akan buat ‘post mortem’ keputusan pemilihan

-

TAIPING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri akan menjalanka­n siasatan terperinci dalam masa terdekat bagi mengkaji keputusan proses pengundian Pemilihan Jawatankua­sa PKR di negeri ini, kelmarin.

Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata pihaknya turut kecewa kerana peratusan keluar mengundi tidak sampai 50 peratus dan ia sekali gus mempengaru­hi keputusan pemilihan di peringkat pusat.

Beliau berkata dalam pemilihan kelmarin, difahamkan hanya 40 peratus daripada lebih 60,000 jumlah pengundi berdaftar menunaikan tanggungja­wab mereka.

“Perkara seperti itu sudah pasti memberikan kesan buruk terhadap ahli dan parti sekali gus mencermink­an sikap sebenar mereka sebagai ahli PKR.

“Kita akan buat ‘post mortem’ dalam masa terdekat dan buat masa ini kita sedang mendapatka­n data dan maklumat berkaitan sebelum sebarang kenyataan dikeluarka­n,” katanya kepada media selepas merasmikan Kejohanan Taekwando Tertutup anjuran Kelab Taekwando Taiping dekat sini, semalam.

Pada program ini, seramai 300 pelajar dari hampir 20 buah sekolah di Daerah Larut Matang, Taiping dan Selama mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Abdul Yunus berkata pihaknya juga terkilan apabila jumlah anggota PKR yang keluar mengundi di cabang Parit Buntar hanyalah 142 orang berbanding anggota yang berdaftar adalah hampir 1,400 orang.

“Kami sudah mengenal pasti permasalah­an ini disebabkan kebanyakan ahli di sini merupakan ahli lama dari 1999 yang tidak aktif malah ada antara mereka telah keluar parti dan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata proses pemutihan juga akan dibuat bagi memastikan perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Dalam pemilihan kelmarin, bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli mengikut keputusan tidak rasmi telah mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan majoriti lebih 2,000 undi dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti berkenaan di Perak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMILIHAN: Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) beratur untuk mengundi bagi pemilihan PKR Cabang Pandan di Dewan MPAJ semalam.
— Gambar Bernama PEMILIHAN: Anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) beratur untuk mengundi bagi pemilihan PKR Cabang Pandan di Dewan MPAJ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia