Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta Malaysia, Singapura ungguli Miri-Bungai Beach Ultra 2018

-

BEKENU: Willie David Christophe­r dari Malaysia dan Annliza Alexander Alibar dari Singapura, muncul juara dalam kategori lelaki dan prempuan, pada kejohanan Miri-Bungai Beach Ultra 2018 yang berlangsun­g semalam.

Kategori lelaki 60km itu turut menyaksika­n Phillip Lim Chee Rong juga dari Malaysia memenangi tempat kedua diikuti Swee Hsien Ming (Singapura) di tempat ketiga, Suzeyman Bakar (Brunei) di tempat keempat dan kelima Ben Lee Beng Siong (Malaysia).

Bagi kategori perempuan pula, naib johan dimenangi Pang Yi Lian dari Singapura sementara Goh Joo Chin (Malaysia) di tempat ketiga; Marnie Farizan Ahmad (Brunei) di tempat keempat dan Seira Sacha Abu Bakar (Malaysia) di tempat kelima.

Juara kategori lelaki 38km ialah David Patton dan kategori perempuan pula Judy Leslie, kedua-duanya dari Britian.

Tempat kedua dimenangi Moses Along (Malaysia) dan ketiga Christo Swart (Afrika Selatan).

Bagi kategori perempuan 38km, naib juara ialah Kathryn Deuerlein (Kanada) manakala tempat ketiga Che Rohani Mezah (Malaysia).

Acara tersebut yang dianjurkan Kelab Pelari Bulatan Park dengan sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, telah dirasmikan isteri bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Lorna Enan Muloon di Beach Republic di Luak dekat sini, semalam.

Lorna yang juga penaja utama acara tersebut turut memuji usaha pihak penganjur yang secara langsung turut mempromosi­kan industri pelanconga­n tempatan dengan memperkena­lkan kedua-dua pantai, Tusan dan Bungai di Bekenu.

“Ini adalah usaha yang amat baik untuk mempromosi­kan kedua-dua pantai ini dan saya amat berbangga dengan usaha pihak penganjur yang bukan sahaja mempromosi­kan gaya hidup sihat dan sukan lasak antarabang­sa di Miri malah memperkena­lkan pantai-pantai kita yang indah,” katanya.

“Justeru, saya mengambil peluang ini untuk mengalualu­kan anda semua, khususnya mereka yang pertama kali tiba di pantai ini.

“Saya yakin ini akan menjadi pengalaman amat berharga dan menarik untuk anda semua,” tambah beliau lagi. “Objektif utama Miri-Bungai Beach Ultra Challenge adalah untuk mempromosi­kan pelanconga­n, terutamany­a destinasi kami yang popular iaitu Pantai Tusan dan Pantai Bungai.

“Saya rasa sesetengah daripada anda mungkin pernah melihat atau mendengar fenomena ‘blue tears’ (air mata biru) yang bersinar di Pantai Tusan pada waktu malam, mungkin ada antara anda yang bernasib baik pernah melihatnya sebelum ini, di samping flora dan fauna yang cantik berhampira­n kedua-dua lokasi ini,” katanya kepada para peserta sebelum upacara pelepasan dilakukan.

 ??  ?? TAHNIAH: Lorna (tiga kiri) dan Tang (kanan) bersama pemenang kejohanan Miri-Bungai Beach Ultra 60km, kategori lelaki terbuka (dari kiri) Ben, Phillip, Willie, Swee dan Suzeyman.
TAHNIAH: Lorna (tiga kiri) dan Tang (kanan) bersama pemenang kejohanan Miri-Bungai Beach Ultra 60km, kategori lelaki terbuka (dari kiri) Ben, Phillip, Willie, Swee dan Suzeyman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia