Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Batu Kitang optimis jadi pasukan pilihan pada KASUS 2018

-

KUCHING: SABERKAS Cawangan Batu Kitang optimis menjadi antara pasukan pilihan bagi kejohanan futsal sempena Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) Peringkat Sarawak 2018 yang dijadual diadakan di Sibu pada Disember nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata yakin dengan kemampuan para pemainnya dalam memburu kejuaraan pada kejohanan berprestij itu.

“Harapan saya agar para pemain memberi komitmen 100 peratus bagi menjadikan pasukan SABERKAS Cawangan Batu Kitang pesaing yang digeruni pasukan lawan dan memastikan kejuaraan adalah milik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ke- tika menyempurn­akan upacara penyampaia­n hadiah sempena penutupan Kejohanan Liga Futsal SABERKAS Cawangan Batu Kitang 2018 di Kompleks Sukan Stakan, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha SABERKAS Cawangan Batu Kitang Shamsudin Unai dan pengerusi pengelola Kejohanan Liga Futsal SABERKAS Cawangan Batu Kitang 2018 Mohd Amin.

Menurut Lo yang juga pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Kitang, penganjura­n Kejohanan Liga Futsal SABERKAS Cawangan Batu Kitang 2018 adalah sebagai platform untuk memilih pemain mewakili SABERKAS Cawangan Batu Kitang ke KASUS 2018.

Pada masa sama, katanya ia juga mencungkil bakat semua ahli SABERKAS Cawangan Batu Kitang dalam sukan futsal yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Sehubungan itu, beliau akan memperuntu­kkan sebanyak RM80,000 kepada SABERKAS Cawangan Batu Kitang pada tahun depan untuk menjalanka­n lebih banyak program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada belia, termasuk meneruskan penganjura­n Kejohanan Liga Futsal SABERKAS Cawangan Batu Kitang.

“Saya berharap peruntukan ini digunakan dengan sebaiknya untuk semua belia di Batu Kitang dan saya akan terus menyokong SABERKAS Cawangan Batu Kitang demi belia di Batu Kitang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia