Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian akibat Ebola di DRC cecah 164

-

KINSHASA: Wabak Ebola di timur Republik Demokratik Kongo (DRC) meragut 164 nyawa, menurut pihak berkuasa kesihatan.

Pada pertengaha­n Oktober, pihak berkuasa Kongo menyatakan mereka berdepan gelombang kedua wabak yang berpusat di Beni, sebuah pekan di Kivu Utara berhampira­n sempadan dengan Uganda.

Pusat wabak mulanya tertumpu di Mangina, pekan kirakira 20 kilometer dari Beni.

Secara keseluruha­n, 257 kes direkodkan di wilayah itu di mana 222 disahkan dan 35 disyaki sejak permulaan wabak pada awal Ogos, menurut buletin Kementeria­n Kesihatan Kongo Jumaat lepas.

Pada 17 Oktober, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan angka kematian berjumlah 139, walaupun wabak masih belum boleh dilabelkan sebagai kecemasan kesihatan global.

Gelombang kedua virus berbahaya ini menyumbang kepada tentangan komuniti terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani penyakit itu.

Pada Khamis lepas, kirakira 1,000 pelajar berarak di jalan raya Beni melancarka­n kempen untuk membantera­s Ebola.

Sejak program penvaksina­n bermula pada 8 Ogos, lebih 22,000 dicegah, daripada kirakira 11,000 di Beni, menurut kementeria­n kesihatan.

Sebuah pusat rawatan Ebola di bandar tersebut sekarang memiliki lebih 60 katil, tambahnya lagi.

Wabak terbaharu adalah yang ke-10 di DRC ongo sejak Ebola dikesan pertama kali pada 1976. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia