Utusan Borneo (Sarawak)

PENGADIL MALAYSIA PERLUKAN PENDEDAHAN

-

KUALA LUMPUR: Pengadil di Malaysia perlu menimba banyak pengalaman dan diberi pendedahan secukupnya supaya Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) boleh memberikan mereka peluang mengadili perlawanan di peringkat antarabang­sa.

S e - tiausaha Agung AFC, Windsor Paul John berkata sekiranya pengadil t e m p a - tan tidak diberik a n p e n - dedah a n y a n g b a i k , m e r e k a mung- kin terlepas pengalaman untuk mengadili pertanding­an di peringkat tertinggi dunia. “Tapi saya tidak mengatakan keputusan membawa pengadil luar khusus untuk beberapa perlawanan bukan satu perkara yang tidak baik...Kalau itu yang dirasakan akan membawa satu impak yang baik kepada bola s e p a k Malaysia, itu t e r - takluk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) untuk buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatan­gani perjanjian di antara AFC dengan DDMC Fortis Limited.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hasrat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membawa masuk pengadil luar negara untuk mengadili perlawanan penting Liga Malaysia (Liga-M).

Terbaharu, Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumka­n bahawa MFL akan mewujudkan Badan Bebas Pengadil bermula musim depan untuk menggunaka­n kepakaran luar bagi meningkatk­an standard pengadil tempatan berikutan kontrovers­i melibatkan pengadil pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Windsor menjelaska­n bahawa AFC juga menggunaka­n khidmat pengadil luar dari Konfederas­i Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF), tetapi ia lebih kepada kerjasama melibatkan program pertukaran.

“Ia adalah untuk memberi peluang kepada pegawai kita, contohnya kalau ada pegawai dari CONCACAF datang mengadili perlawanan di Asia, pegawai kita juga akan pergi ke pertanding­an CONCACAF, itu adalah un- Chelsea pintas City di tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Burnley 4-0 Ahad lepas

Tapi saya tidak mengatakan keputusan membawa pengadil luar khusus untuk beberapa perlawanan bukan satu perkara yang tidak baik...Kalau itu yang dirasakan akan membawa satu impak yang baik kepada bola sepak keputusan. ” Malaysia, itu tertakluk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk buat Windsor Paul John Setiausaha Agung AFC

tuk menimba pengalaman,” katanya.

Sementara itu, Windsor berkata menerusi perjanjian itu, DDMC Fortis menjadi agensi eksklusif menjaga hak komersil dan penyiaran untuk pertanding­an di bawah AFC untuk tempoh 2021- 2028 seperti yang diputuskan oleh mesyuarat Exco AFC pada 11 Jun lalu di Moscow.

Perjanjian itu meliputi hak komersil dan penyiaran untuk semua pertanding­an peringkat kelab dan antarabang­sa di bawah AFC seperti Piala Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan kelayakan Piala Dunia rantau Asia kecuali untuk zon Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

“Fortis mempunyai kepakaran mengendali­kan pertanding­an dengan adanya pegawai- pegawai berpengala­man yang bertanggun­gjawab mewujudkan Liga Juara-Juara UEFA manakala DDMC pula memberikan sokongan kewangan. Kita lihat sebagai satu pakej yang baik.

“Kita harap perjanjian ini akan bawa AFC ke satu tahap yang lebih tinggi dan menjadi permulaan baharu kepada AFC untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” katanya sambil menjelaska­n kerjasama sedia ada dengan Lagardere Sports and Entertainm­ent akan tamat pada tahun 2020. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? WINDSOR
WINDSOR
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia