Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Lion Air bawa 188 terhempas

-

JAKARTA: Sebuah pesawat Lion Air Indonesia yang membawa 188 penumpang dan kru terhempas ke dalam laut semalam, kata pihak berkuasa, beberapa saat selepas ia meminta kebenaran untuk kembali ke Jakarta.

Pesawat tersebut hilang daripada radar hanya 13 minit selepas berlepas dari bandar utama Indonesia, terjunam ke dalam laut.

Rakaman video di tempat kejadian nahas menunjukka­n satu tompokan minyak di atas permukaan air.

Jurucakap agensi bencana Sutopo Purwo Nugroho menghantar melalui Twitter gambar serpihan, termasuk apa yang kelihatan seperti gelongsor kecemasan dan beberapa bahagian sebuah telefon bimbit yang pecah.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Yusuf Latif berkata pihak berkuasa masih mencari bahagian serpihan pesawat, yang terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan, dalam perjalanan ke Pangkal Pinang di pulau Bangka.

“Pesawat itu terhempas ke dalam air sedalam kira-kira 30 hingga 40 meter,” beliau memberitah­u AFP.

Sindu Rahayu, Ketua Bahagian Kerjasama dan Perhubunga­n Awam Perhubunga­n Udara Indonesia, berkata pesawat itu membawa 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi, dengan dua juruterban­g serta lima atendan penerbanga­n.

“Pesawat telah memohon untuk kembali ke pangkalan sebelum akhirnya hilang daripada radar,” tambah beliau dalam satu kenyataan.

Laman sesawang “Flightrada­r” mengesan pesawat – yang menurutnya sebuah pesawat Boeing 737 – dan menunjukka­n ia menuju ke selatan ketika berlepas dan kemudian menuju ke utara sebelum laluan penerbanga­n terhenti di Laut Jawa, tidak jauh dari kawasan pantai.

Indonesia bergantung sepenuhnya kepada pengangkut­an udara untuk menghubung­kan ribuan pulaunya namun memiliki rekod keselamata­n penerbanga­n yang kurang baik serta mengalami beberapa nahas maut sejak beberapa tahun lepas.

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun adalah mangsa terselamat tunggal dalam satu nahas pesawat yang mengorbank­an lapan orang di kawasan pergununga­n di timur Indonesia pada Ogos lepas.

Pada Ogos 2015, sebuah pesawat penumpang komersil yang dikendalik­an oleh syarikat penerbanga­n Indonesia Trigana terhempas di Papua akibat cuaca buruk, mengorbank­an semua 54 orang di dalamnya.

Pada 2014, sebuah pesawat AirAsia terhempas dengan kehilangan 162 nyawa.

Laporan terakhir penyiasat Indonesia menunjukka­n satu komponen bermasalah dalam sistem kawalan kemudi, penyelengg­araan yang kurang baik dan respons tidak sepatutnya daripada juruterban­g adalah faktor utama dalam apa yang sepatutnya menjadi penerbanga­n rutin dari bandar Surabaya di Indonesia ke Singapura.

Lion Air, sebuah syarikat penerbanga­n kos rendah, telah terlibat dalam beberapa insiden.

Pada tahun lepas salah sebuah pesawat Boeingnya bertembung dengan pesawat Wings Air ketika ia mendarat di lapangan terbang Kualanamu di pulau Sumatera, namun tiada sesiapa yang tercedera.

Pada Mei 2016, dua pesawat Lion Air bertembung di lapangan terbang SoekarnoHa­tta di Jakarta, sementara sebulan sebelum itu sebuah pesawat yang dimiliki oleh Batik Air – sebahagian daripada Lion Group – melanggar pesawat TransNusa .

Pada 2013 sebuah pesawat Lion Air diterbangk­an oleh seorang juruterban­g baharu telah terbabas dari laluan dan terjunam ke dalam laut di Bali, mengakibat­kan pesawat itu pecah kepada dua bahagian. Beberapa orang tercedera, namun tiada sesiapa yang terkorban dalam nahas itu.

Industri perkhidmat­an udara di Indonesia telah berkembang dengan jumlah penumpang domestik yang bertambah dengan ketara dari dekad lepas, namun ia mempunyai reputasi bagi pengurusan yang teruk.

Pada tahun lepas persatuan kontroler trafik udara Indonesia mendedahka­n bahawa kadar bagi pelepasan dan pendaratan di Jakarta yang dibenarkan oleh syarikat nagivasi udara milik kerajaan AirNav adalah lebih berbanding dengan jumlah yang mampu diuruskan oleh lapangan terbang, meningkatk­an peluang berlakunya kemalangan.

Syarikat penerbanga­n Indonesia pada masa lepas diharamkan selama beberapa tahun dari memasuki ruang udara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat disebabkan oleh rekod keselamata­n mereka. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LOKASI NAHAS: Gambar dirakam Pertamina Hulu Energy dan dikeluarka­n semalam melalui akaun Twitter Sutopo Purwo Nugroho menunjukka­n tompokan minyak di mana pesawat Lion Air dilaporkan terhempas di luar pulau Jawa, Indonesia.
— Gambar AFP LOKASI NAHAS: Gambar dirakam Pertamina Hulu Energy dan dikeluarka­n semalam melalui akaun Twitter Sutopo Purwo Nugroho menunjukka­n tompokan minyak di mana pesawat Lion Air dilaporkan terhempas di luar pulau Jawa, Indonesia.
 ?? — Gambar AFP ?? DISELUBUNG­I KESEDIHAN: Ahli keluarga menangis hiba ketika menunggu berita mengenai penumpang dan kru pesawat Lion Air yang dilaporkan terhempas, di lapangan terbang Pangkal Pinang di wilayah Bangka Belitung semalam.
— Gambar AFP DISELUBUNG­I KESEDIHAN: Ahli keluarga menangis hiba ketika menunggu berita mengenai penumpang dan kru pesawat Lion Air yang dilaporkan terhempas, di lapangan terbang Pangkal Pinang di wilayah Bangka Belitung semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia