Utusan Borneo (Sarawak)

IBU PENDORONG KEJAYAAN

Graduan istimewa, graduan cemerlang dedikasika­n kejayaan kepada ibu masing-masing.

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Graduan istimewa yang menjadi kebanggaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Cindy Yeo Siaw Hui mendedikas­ikan kejayaan kepada ibunya, Lee Jin Mui atas pengorbana­n selama lebih empat tahun menemaniny­a menghadiri kelas.

Cindy merupakan graduan Sarjana (Kewangan) yang menerima ijazah daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22, semalam.

Menurut gadis berusia 29 tahun itu yang mengalami cacat fizikal sejak lahir, sokongan yang diberikan oleh ibunya itu memberi makna yang sangat besar dalam hidupnya sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Saya ingin cuba berdikari dengan memandu sendiri ke kelas tetapi kerana risaukan keselamata­n saya, ibu sanggup menemani saya ke kelas setiap hari...kadang-kadang, dia akan menunggu sehingga kelas saya habis.

“Pengorbana­n ibu ini amat berbaloi kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang graduan tercapai,” katanya yang berasal dari Kuching ketika ditemu bual, dengan turut diiringi ibu dan ayahnya, Yeo Kit Leong.

Dalam pada itu, Cindy juga berharap agar kejayaanny­a bergelar graduan menjadi inspirasi kepada golongan OKU lain, agar menjadikan pendidikan sebagai keutamaan mengubah nasib dan masa depan mereka.

“Jarang kita dengar OKU mendapat pendidikan yang tinggi. Tanpa pendidikan, OKU tidak dapat pergi ke manamana...cuma pendidikan dapat mengubah nasib mereka,” ujarnya.

Namun demikian, cabaran yang dihadapi Cindy kini adalah untuk mendapat pekerjaan disebabkan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini tidak menerima OKU.

“Saya masih susah hati. Banyak peluang pekerjaan tidak terbuka untuk OKU dan majikan juga tidak mahu mengambil OKU untuk bekerja. Malah kebanyakan bangunan juga tidak mempunyai kemudahan OKU,” katanya.

Menceritak­an kejayaanny­a menamatkan pengajian di UNIMAS, anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata kunci kejayaanny­a adalah tidak berputus asa.

Beliau yang kini bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta juga merancang melanjutka­n pengajian dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UNIMAS.

Manakala Fahizan Mahmud, 23, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) juga meletakkan ibunya sebagai pendorong kepada kejayaanny­a itu.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk membuatkan ibu gembira dan ingin menjamin masa depan yang lebih baik… inilah rahsia saya selain mengamalka­n disiplin dan fokus yang tinggi ketika dalam kelas,” kata graduan Sarjana (Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan) itu ketika ditemu bual.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, ayahnya sudah meninggal dunia ketika dia di tingkatan satu dan sejak itu, ibunya yang membesarka­n mereka.

Menceritak­an lanjut, dia berkata mereka sekeluarga yang ketika itu tinggal di Sarikei telah berpindah ke Kuching pada tahun lepas sekali gus membolehka­nnya melanjutka­n pengajian di UNIMAS dengan mudah.

“Ketika di universiti, sasaran saya cuma hendak membuat yang terbaik dalam apa yang dilakukan...anugerah ini sungguh tidak dijangka,” katanya.

Fahizan yang kini juga sedang bekerja dengan sebuah syarikat swasta merancang menyambung pelajaran bagi mencapai citacitany­a menjadi pensyarah.

 ??  ?? KASIH IBU: Cindy dicium ibunya selepas menerima ijazah sempena sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22, semalam. Turut kelihatan ayahnya, Yeo. CEMERLANG: Fahizan menunjukka­n Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) yang diterimany­a.
KASIH IBU: Cindy dicium ibunya selepas menerima ijazah sempena sidang pertama Konvokesye­n UNIMAS Ke-22, semalam. Turut kelihatan ayahnya, Yeo. CEMERLANG: Fahizan menunjukka­n Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) yang diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia