Utusan Borneo (Sarawak)

JKM jalankan latihan persiapan hadapi bencana

Latihan Simulasi Pangkalan Hadapan dijalankan di Uma Sambob, Belaga Sabtu lalu

- Oleh Watt Zacchaeus

BELAGA: Latihan Simulasi Pangkalan Hadapan, salah satu program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana banjir dirasmikan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis di Maren Uma, Simon Abit, Uma Sambob di sini Sabtu lalu.

Harden mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah selaku Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau menyatakan penghargaa­n dan pujian kepada kakitangan JKM kerana menjalanka­n tugas secara proaktif dengan kesiapsiag­aan menyediaka­n stok bantuan makanan kepada bakal mangsa bencana.

Persediaan rapi dengan latihan simulasi dapat melancarka­n proses agihan sekiranya berlaku bencana dan jawatankua­sa yang terlibat dalam kalangan penduduk setempat. Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

“Persediaan rapi dengan latihan simulasi dapat melancarka­n proses agihan sekiranya berlaku bencana dan jawatankua­sa yang terlibat dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Bekalan Air Luar Bandar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang turut mengucapka­n terima kasih kepada JKM kerana memilih Uma Sambob sebagai lokasi menyimpan stok makanan barisan hadapan.

Terdahulu, Pemangku Pengarah JKM Negeri Joni Nuruddin menyatakan setakat ini terdapat 16 lokasi pangkalan hadapan di seluruh negeri dan angka tersebut bertambah dengan wujud lokasi baharu diputuskan JKM.

Program dua hari itu disertai agensi berkaitan bencana terdiri daripada Pejabat Daerah Belaga, JKM Kapit, PDRM Belaga, Bomba Bin- tulu dan APM.

Proses latihan simulasi dimulakan dengan penduduk Uma Sambop kononnya dilanda bencana banjir dan terputus hubungan dan membuat panggilan kepada Jawa- tankuasa Bencana Daerah, kemudianny­a memanjangk­an maklumat kepada agensiagen­si terlibat.

Pada akhir sesi simulasi, pengagihan makanan dilakukan kepada penduduk terjejas.

Pada majlis tersebut, Harden meluluskan peruntukan kepada JKKK Uma Sambob berjumlah RM20,000 bagi menjalanka­n aktiviti pertubuhan.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Joni (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil disaksikan Liwan (dua kanan), Simon (kanan) pada Latihan Simulasi Pangkalan Hadapan di Uma Sambob, Belaga.
CENDERAMAT­A: Joni (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil disaksikan Liwan (dua kanan), Simon (kanan) pada Latihan Simulasi Pangkalan Hadapan di Uma Sambob, Belaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia