Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut peluang dalam inisiatif PKPK untuk berdikari bantu keluarga

-

MIRI: Anak-anak penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) perlu merebut peluang dalam inisiatif yang disediakan kerajaan melalui Program Pembanguna­n Kemahiran dan Pemadanan Kerja (PKPK).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini banyak usaha dilakukan kerajaan untuk membantu golongan itu.

“Anak-anak penerima bantuan JKM dibantu melalui PKPK agar mereka dapat berdikari, mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya membantu keluarga dari segi sosioekono­mi,” katanya ketika merasmikan Karnival Wellbest 2018 di Miri kelmarin.

Menurutnya, peserta PKPK yang terpilih diminta menghadiri program pembanguna­n kerjaya sebelum proses temu duga untuk dipertimba­ngkan menjalani latihan kemahiran mengikut pilihan kursus yang ditawarkan.

Bagi tahun 2018 katanya, 25 peserta telah ditawarkan kursus Gas dan Minyak di CENTEXS dan Amaida manakala 25 lagi mengikuti kursus Kulinari di Kolej SATT.

Sepanjang tempoh latihan, para peserta diberi bantuan belia beliawanis sebanyak RM200 seorang sebulan.

Sehubungan itu katanya, anak-anak penerima bantuan JKMS tidak perlu berasa malu sebaliknya tampil merebut peluang dalam bidang kema- hiran dan teknikal.

“Kita tidak hanya memberi bantuan ‘ikan’ kepada mereka tetapi menghulurk­an ‘joran’ supaya mereka lebih berdikari dan membantu meningkatk­an pendapatan keluarga,” ujarnya.

Fatimah berharap peserta PKPK dapat mengikuti latihan dengan bersungguh­sungguh agar dapat ditawarkan pekerjaan setelah tamat latihan nanti.

“Inilah usaha kita membantu anak-anak penerima bantuan JKM supaya mereka juga dapat berusaha membantu keluarga menjana pendapatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia